Menu

Tak Boleh Tahan Tengok Gambar Ni……..

Serius! admin rasa nak teriakĀ tengokĀ gambar seorang kanak-kanak sedang menyusu mayat ibunya. Aduhhh… bagai tertusuk sembilu bisa… admin sebagai bapa kepada dua orang anak dan salah seorang masih menyusu badan tak boleh tahan tengok gambar ni…..

Gambar kanak-kanak sedang menyusu mayat ibunya berlaku di India yang mana ibu kanak-kanak tersebut terjatuh daripada keretapi dan cedera parah di kepala seterusnya menemui ajal. Anaknya selamat dan kemudia berlaku kejadian yang sungguh menyayat hati.

Tak Boleh Tahan…. Kanak-Kanak Ditemui Menyusu Mayat Ibunya….

BHOPAL – INDIA . Seorang kanak-kanak ditemui menangis dan menyusui mayat seorang wanita yang dipercayai ibunya, semalam.

Menurut laporan Times Of India, Pengerusi Badan Kebajikan Kanak-kanak (CWC), Sudhir Vidhyarthi menerima aduan mengenai kejadian tersebut yang bertempat di sebuah pagar kereta api.

“Kanak-kanak tersebut lapar, menyebabkan kami yang menyaksikan keadaan tersebut berlinangan air mata,” kata Sudhir.

Tak Boleh Tahan

Siasatan awal polis mendapati mangsa yang berumur 35 tahun disyaki terjatuh dari kereta api semasa mendukung anaknya.

Mangsa kemudian meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala anaknya yang berumur 14 bulan terselamat.

“Mangsa mungkin terjatuh dari sebuah kereta api pada malam Selasa dan maut akibat kecederaannya,” kata seorang pegawai polis di stesen Kotwali.

Mesti Baca: Kesan Pelukan Ibu Bapa, Anak Lebih Hebat!

Sementara itu, CWC mengalami kesukaran untuk mendaftarkan anak mangsa di sebuah hospital.

“Sangat mengarut, hospital minta bayaran terlebih dahulu walaupun tahu keadaan anak mangsa getir,” kata Sudhir.

Sudhir memberitahu, anak mangsa akan dirawat selama dua hari sebelum diberikan kepada waris mangsa – Sumber

Sedih betul tak?

Admin tak boleh bayangkan kalau berada di tempat kejadian.

Tengok gambar pun tak boleh tahan apatah lagi ada di situ.

Leave a Reply

error: Content is protected !!