Menu

Tambang Percuma MRT Sebulan

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tambang percuma MRT selama sebulan bermula Jumaat, 16 Disember 2016 sehingga 17 Januari 2017  pada Majlis Pelancaran Operasi Fasa Pertama MRT SBK di Stesen MRT Kwasa Damansara di sini hari ini.

Menurut perdana menteri, tambang percuma MRT selama sebulan perkhidmatan Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh – Kajang (MRT SBK) dapat dinikmati rakyat sempena pelancaran sulung laluan itu bermula esok pagi.

MRT dikendalikan oleh RapidRail Sdn Bhd akan membuka laluan Fasa 1 MRT SBK bermula daripada Sungai Buloh hingga ke Semantan yang turut melalui 10 stesen lain sekitar Damansara yang menghala ke pusat bandar.

Tambang Percuma MRT

Laluan fasa satu itu mempunyai 12 stesen iaitu Sungai Buloh, Kampung Selamat, Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Kota Damansara, Surian, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Phileo Damansara, Pusat Bandar Damansara dan Semantan.

Baca Juga: Bil Elektrik Tak Naik Sehingga Jun 2017

Menurut Pengarah Komunikasi Strategik dan Hubungan Pihak Berkepentingan MRT, Datuk Najmuddin Abdullah, fasa kedua dari Semantan ke Kajang yang melibatkan 19 stesen dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2017.

Terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan tambang percuma MRT selama sebulan bermula hari esok, Jumaat, 16 Disember 2016 sehingga 17 Januari 2017.

Kepada yang berkesempatan boleh cuba naik MRT esok. Rasai pengalaman dan kemudahan pengangkutan awam baru ini.

Sedikit sebanyak pemberian tambang percuma MRT selama sebulan ini akan mengurangkan perbelanjaan golongan pekerja yang sering berulang alik menggunakan pengangkutan awam buat sementara waktu.

Ingat! sebulan saja tau.

Admin jauh nak merasa naik MRT esok. Lain kalilah 🙂

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!