Mahu Tangguh Bayaran Pinjaman PTPTN? Kemaskini Maklumat Selewatnya 25 Julai 2018

Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan Pakatan Harapan menawarkan dalam manifesto PRU14 bahawa peminjam PTPTN boleh minta tangguh bayaran pinjaman PTPTN selagi gaji tidak mencecah empat ribu. Selepas mereka berjaya membentuk kerajaan persekutuan, seperti biasa pengundi akan membangkitkan manifeso yang ditawarkan di antaranya penangguhan bayaran PTPTN.

Untuk makluman, PTPTN dalam proses ke arah menjalankan proses tangguh bayaran pinjaman PTPTN bagi yang bergaji tidak mencapai RM4 ribu. Oleh itu, semua peminjam yang berhasrat mendapatkan penangguhan bayaran PTPTN dihendaki mengemaskini maklumat peribadi melalui Laman Web PTPTN.

Kenyataan Pengerusi PTPTN Berhubung Tangguh Bayaran Pinjaman

tangguh bayaran pinjaman PTPTN

tangguh bayaran pinjaman PTPTN

Anda boleh merujuk di pautan ini bagi mendapatkan kenyataan penuh media daripada YB Pengerusi PTPTN bertarikh 16/07/2018.

Kemaskini Maklumat Pendapatan Selewatnya 25 Julai Untuk Tangguh Bayaran Pinjaman PTPTN

Adalah dimaklumkan PTPTN telah membuka (live) Portal Pengemaskinian Maklumat Pendapatan Peminjam. Semua peminjam yang patut mula bayar balik yang mempunyai baki hutang adalah dikehendaki membuat pengemaskinian di www.ptptn.gov.my/akuanpendapatan.

Tujuan pengemaskinian adalah untuk mendapatkan maklumat pendapatan peminjam, pekerjaan dan perhubungan yang terkini bagi tujuan merangka dasar baharu penangguhan bayaran balik pinjaman berasaskan pendapatan peminjam.

Tempoh pengemaskinian adalah mulai 16 hingga 25 Julai 2018. Peminjam yang tidak mengemaskini maklumat tidak akan tertakluk kepada sebarang pelaksanaan dasar baharu penangguhan bayaran balik pinjaman.

Peminjam masih dikehendaki meneruskan bayaran balik pinjaman masing-masing sehingga makluman mengenai pelaksanaan dasar baharu penangguhan bayaran balik diumumkan kelak.

Mesti Baca: Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)

Mesti Baca: Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Gred 19, 29 Dan 41

Kepada peminjam PTPTN yang mahu membuat penangguhan bayaran PTPTN segera berbuat demikian kerana tarikh akhir kemaskini maklumat pendapatan adalah pada 25 Julai 2018.

Sekali lagi diingatkan, kelayakan tangguh bayaran pinjaman PTPTN untuk yang bergaji kurang daripada 4 ribu sahaja tetapi bagi yang tidak mencapai pendapatan mencecah 4 ribu dan berhajat meneruskan pembayaran seperti biasa amat digalakkan.

Jangan tunggu sehingga gaji 4 ribu, kalau ada kemampuan bolehlah meneruskan bayaran pinjaman sehingga habis.

Leave a Reply

error: Content is protected !!