Menu

24 April Hari Kelepasan Am Tambahan Seluruh Negara

24 April Hari Kelepasan Am Tambahan Seluruh Negara. Kerajaan mengisytiharkan 24 April ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara, bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

24 April Hari Kelepasan Am Tambahan Seluruh Negara Sempena Istiadat Pertabalan Yang Dipertuan Agong Ke-15

Bagaimanapun, katanya bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri yang berkenaan diminta mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing.

24 April Hari Kelepasan Am Tambahan Seluruh Negara

“Sultan Muhammad V dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Selasa, 13 Disember 2016 menggantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan baginda pada 12 Disember 2016.

Mesti Baca: Sultan Muhammad V Yang Dipertuan Agong Ke-15

“Sehubungan itu, kerajaan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong ke-15 akan mengadakan dua acara utama sempena pertabalan baginda.

“Istiadat Pertabalan akan diadakan pada pagi hari Isnin, 24 April bertempat di Balairung Seri, Istana Negara manakala, pada sebelah malam diadakan Majlis Santapan Diraja di Dewan Santapan, Istana Negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain itu dua acara lain akan turut diadakan pada 20 April ini iaitu majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat bertempat di Masjid Putra, Putrajaya disusuli Pameran Raja Kita pada hari Selasa, 2 Mei di Muzium Diraja (Istana Negara lama) – Sumber

Pengumuman 24 April hari kelepasan am tambahan seluruh negara adalah sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.

Tarikh 24 April tersebut jatuh pada hari Isnin.

Leave a Reply

error: Content is protected !!