Tarikh Bayaran BR1M 2017 Bermula 18 Februari

Tarikh bayaran BR1M 2017 bermula pada 18 Februari kata Perdana Menteri menerusi catatan terbaru di laman Facebook dan Twitter, malam ini.

Tarikh Bayaran BR1M 2017

Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan tarikh pembayaran BR1M berharap semoga bantuan itu dapat membantu penerima BR1M.

“Saya lihat ramai tanya di Facebook, Twitter dan Instagram mengenai BR1M.

“Sukacita saya maklumkan, Insya-Allah BR1M akan diagihkan bermula 18 Februari ini. Moga dapat membantu,”katanya.

Bagi tahun 2017 bayaran BR1M yang diperkenalkan pada 2012 itu akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos tahun ini – Sumber

Jumlah Bayaran Dan Tarikh Bayaran BR1M 2017

1) Penerima BR1M sebanyak RM1,200 iaitu isi rumah pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah

  • Februari 2017 – RM400
  • Jun 2017 – RM400
  • Ogos – RM400

2) Penerima BR1M sebanyak RM900 iaitu isi rumah pendapatan bulanan RM3,000 – RM4,000

  • Februari 2017 – RM300
  • Jun 2017 – RM300
  • Ogos – RM300

3) Penerima BR1M sebanyak RM450 iaitu individu pendapatan bulanan RM2,000 ke bawah

  • Februari 2017 – RM450

Mesti Baca: Cara Mudah Kawal Belanja Harian

Sebarang semakan atau maklumat lanjut mengenai BR1M, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M LHDNM

Tarikh bayaran BR1M 2017 dah tahu. Penerima BR1M senyum lebar malam ini.

Boleh dah rancang apa nak buat dengan duit tu.

Bagi mangsa banjir 2017 ini bolehlah gunakan duit BR1M tu untuk menampung serba sedikit belanja membeli barangan rumah yang musnah akibat banjir.

Gunakan duit itu sebaik mungkin.

Simpan duit BR1M jika tak ada keperluan penting.

Jangan guna untuk main kuda pula..

Admin tak dapat BR1M 🙁

No Responses

Leave a Reply

error: Content is protected !!