Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2017 Dan Lokasi

Ramadhan 2017 semakin hampir. Tentu umat islam seluruh dunia sudah tidak sabar lagi menanti kedatangan bulan yang penuh rahmat dan mempunyai berbagai-bagai keistimewaan berbanding bulan-bulan yang lain. Tarikh melihat anak bulan Ramadhan 2017 adalah pada 26 Mei 2017 (Jumaat) bersamaan dengan 29 Syaaban 1438 Hijrah.

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2017 Dan Lokasi Mencerap Anak Bulan

Tarikh permulaan puasa akan diisytiharkan pada malam 26 Mei 2017 itu juga oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, melalui radio dan televisyen, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara untuk menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2017

Lokasi bagi melihat anak bulan Ramadhan 2017 adalah seperti berikut:

  • Pontian Kecil, Johor
  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
  • Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor
  • Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor
  • Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor
  • Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak
  • Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
  • Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah
  • Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah
  • Menara Alor Setar, Kedah
  • Bukit Besar, Kuala Terengganu; Terengganu
  • Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu
  • Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
  • Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
  • Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan
  • Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan
  • Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu, Kelantan
  • Esplanade Luak, Miri, Sarawak
  • Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
  • Tanjung Batu, Kuching, Sarawak
  • Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah
  • Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang
  • Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang
  • Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang
  • Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
  • Menara Kuala Lumpur
  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
  • Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis

Mesti Baca: Pengertian Islam, Iman, Ihsan Dan Asas Membentuk Islam

Pengumuman tarikh melihat anak bulan Ramadhan 2017 menunjukkan kita semakin hampir menyambut bulan penuh rahmat dan keberkatan ini.

Bersyukur kepada Allah jika kita masih diberi peluang menyambut Ramadhan tahun ini.

Selamat menyambut Ramadhan 2017 daripada admin 🙂

No Responses

Leave a Reply

error: Content is protected !!