Menu

Tempoh Giliran Tunai Haji Dipendekkan 89 Tahun Daripada 102

Tempoh giliran tunai haji dipendekkan 89 tahun. Ini satu berita gembira bagi umat islam di Malaysia kerana mereka tidak perlu lagi menunggu sehingga 102 tahun sebelum ini. Bayangkan sebelum ini, ada yang sudah terlalu uzur apabila sampai giliran untuk menunaikan ibadah haji.

Malah, ada yang tidak sempat menunggu giliran mereka telah dijemput menghadap Allah. Apapun, terima kasih kepada kerajaan kerana berjaya mendapatkan kouta haji tambahan daripada kerajaan Arab saudi.

Tempoh Giliran Tunai Haji Dipendekkan Daripada 102 Tahun Kepada 89 Tahun

Lebih 2.5 juta pendepo­sit Lembaga Tabung Haji (TH) mendapat khabar gembira semalam apabila kerajaan mengumumkan tempoh menunggu giliran menunaikan haji telah dipendekkan kepada 89 tahun berbanding 102 tahun sebelum ini.

Tempoh Giliran Tunai Haji Dipendekkan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengurangan itu berikutan penambahan kuota baharu haji semasa lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia baru-baru ini.

Mesti Baca: Kos Bayaran Haji Kekal RM9,980

“Dahulu 2.5 juta pendeposit yang telah mendaftar dengan Tabung Haji perlu menunggu 102 tahun. Tetapi dengan penambahan daripada 22,320 jemaah kepada 30,200 jemaah, ia telah memendekkan tempoh menunggu kepada 89 tahun.

“Walaupun dalam kadar itu, kita masih lagi bersyukur dengan pengurangan tempoh 13 tahun,” kata­nya pada sidang Dewan Rakyat di sini semalam – Sumber

Tempoh giliran tunai haji dipendekkan adalah satu berita gembira kepada umat islam di Malaysia.

Jika sebelum ini kita perlu menunggu sehingga 102 tahun kini hanya tinggal 89 tahun saja iaitu pengurangan sebanyak 13 tahun menunggu.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!