Terengganu Dan PDRM Ucap Selamat Tinggal Liga Super

Sah! Terengganu dan PDRM ucap selamat tinggal Liga Super selepas masing-masing tewas dalam perlawanan ter­akhir Liga Super 2016.  Manakala Pulau Pinang dan Sarawak diselamatkan oleh ja­ringan pada penghujung perlawanan untuk mengekalkan mereka dalam liga elit Malaysia musim depan.

Terengganu Dan PDRM Ucap Selamat Tinggal Liga Super

Walaupun Terengganu mendapat khabar gembira jurulatih yang mempunyai reputasi tinggi Irfan Bakti akan melatih pasukan mereka musim depan namun ianya tidak cukup menjadi tonik untuk memenangi perlawanan hidup mati mereka dalam liga super musim ini.

Baca Juga: Irfan Bakti Jurulatih Terengganu Musim Depan

Pulau Pinang terselamat daripada turun pangkat ke liga perdana tahun depan apabila menewaskan pa­sukan tercorot Terengganu 1-0 di Stadium Bandaraya menerusi jaringan Mohd. Faizat Ghazli pada minit ke-88.

Sarawak juga terselamat daripada terjerumus ke liga perdana apabila menumpaskan PDRM 2-1 di Stadium Negeri. Terima kasih kepada Gilmar da Silva dan Nur Shamie Iszuan Amin yang menyelamatkan maruah Sarawak daripada diaibkan di tempat sendiri.

Baca Juga: Pahang Kekal Liga Super Musim Depan

Perlawanan terakhir untuk musim ini adalah Perlawanan Akhir Piala Malaysia di antara Selangor menentang Kedah pada 30 Oktober 2016 nanti iaitu ulangan final 2015 di antara kedua-dua pasukan. Jangan terlepas menyaksikan perlawanan ini secara langsung di stadium atau kaca tv nanti.

Baca Juga: Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2016: Misi VS Misi

Tamat sudah saingan Liga Super musim ini dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) muncul Juara Liga Super 2016 dan tahniah kepada Melaka United muncul Juara Liga Perdana dan naik ke Liga Super musim depan bersama PKNS FC.

Terengganu dan PDRM ucap selamat tinggal liga super selepas bersaing hebat dalam perlawanan terakhir liga super. Semoga mereka mengambil iktibar kelemahan musim ini untuk kembali ke liga super musim akan datang.

Leave a Reply

error: Content is protected !!