Terkini: Esplanade Temerloh Mula Dinaiki Air

Daerah Temerloh mula merasai kesan daripada hujan berpanjangan sejak beberapa hari lalu. Hari ini Esplanade Temerloh yang terletak berhampiran Sungai Pahang mula ditenggelami air.

Esplanade Temerloh Mula Dinaiki Air

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Hashnuddin Hussein bagaimanapun berkata, ketika ini hanya bahagian bawah kawasan berkenaan ditenggelami air.

“Air sungai Pahang menunjukkan trend peningkatan secara berperingkat dan bahagian bawah Esplanade Temerloh mula dinaiki air malam semalam.

“Pada masa ini kita terus memantau keadaan di sini dan bersedia melakukan tindakan sewajarnya sekiranya situasi bertambah buruk,” katanya lagi.

esplanade temerloh

Sumber Gambar: Utusan Online

Tiga Buah Kampung Di Daerah Pekan Hampir Terputus Hubungan

Sementara itu, tiga buah kampung di Pekan hampir terputus hubungan selepas Tasik Mentiga ditenggelami air ekoran hujan lebat berterusan pagi ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Zainal Yusoff berkata, kampung yang terlibat ialah Pulau Bangau, Bukit Gamal dan Belukar Paya. Bagaimanapun, katanya, penduduk boleh bergerak menggunakan motosikal sahaja ke Kampung Batu Gong menerusi Ladang LKPP – Sumber

Admin yang menetap di Temerloh pun bimbang melihat situasi semasa. Hujan sejak petang semalam semasa berita ini ditulis.

Harap tragedi banjir besar yang menenggelamkan Temerloh 2014 tak akan berulang lagi.

Apapun, jangan panik dan sentiasa memantau situasi semasa. Dengar arahan pihak berkuasa dan JANGAN sebarkan berita atau gambar tidak tepat yang boleh menimbulkan suasana panik.

Untuk melihat paras air sungai terkini seluruh negara boleh baca di SINI

Leave a Reply

error: Content is protected !!