Menu

Akibat Terlajak Makan, Sesak Nafas Dan Mati. Sedihnya…..

Jangan main-main terlebih makan ni, perut kecil tapi makan macam tiada esok bagimu. Segala benda selagi boleh telan semua sumbat dalam mulut. Tapi… akhirnya akibatĀ terlajak makan, sesak nafas dan mati. Nak jadi macam tu ke?

Ini admin nak kongsikan cerita makhluk Allah yang terlajak makan, sesak nafas dan akhirnya menemui ajal.

Mungkin dah sampai ajal dia, itulah makanan yang terakhir dalam hidupnya. Kasihan………

Akibat Terlajak Makan, Sesak Nafas Dan Mati

Penduduk Kampung Tanjung Bunut, Teluk Pasu di sini gempar dengan penemuan bangkai seekor ular sawa seberat 120 kilogram di kawasan belukar berhampiran Sungai Tanjung Bunut di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, ular sawa yang sepanjang enam meter tersebut dipercayai mati akibat sesak nafas akibat kekenyangan menelan seekor anak babi.

Mesti Baca: Tips Kekal Sihat Tun Dr Mahathir

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Nerus, Ahmad Kamal Hakim Ngah berkata, haiwan reptilia itu telah dijumpai oleh seorang penduduk kampung yang sedang mencari paku-pakis di kawasan semak berkenaan.

Terlajak Makan, Sesak Nafas Dan Mati

Sumber Gambar: Kosmo Online

“Dia yang biasa mengambil paku-pakis di kawasan semak di pinggir Sungai Tanjung Bunut berkenaan terkejut dengan penemuan ular sawa yang besar tersebut sebelum memaklumkan penemuan itu kepada beberapa penduduk kampung lain.

“Sewaktu dijumpai, ular sawa berkenaan kelihatan amat lemah dan tidak agresif dipercayai akibat terlalu kekenyangan selepas menelan seekor anak babi,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. – Sumber

Emmmmm…..

Cerita ular sawa rupanya….

Tapi, tak mengapalah, boleh saja dijadikan pengajaran sebab manusia pun kadang-kadang makan sampai sesak nafas, tak boleh bangun cuma mati je belum…

Jadi, beringatlah kita semua…

Jangan terlajak makan, sesak nafas dan mati satu hari nanti.

Leave a Reply

error: Content is protected !!