Terowong Genting Sempah Tutup 60 Hari

Terowong Genting Sempah di Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur akan ditutup sementara selama 60 hari mulai 8 pagi hingga 5 petang bermula Selasa (10 Januari 2017) ini.

Terowong Genting Sempah

Syarikat Anih Berhad dalam kenyataan hari ini berkata, laluan itu perlu ditutup untuk kerja penyelenggaraan sistem dan pembaikan jalan dalam terowong berkenaan.

  • Laluan Barat Tutup 10 Januari hingga 16 Februari
  • Laluan Timur Tutup 20 Februari hingga 22 Mac
  • Laluan Timur-Barat (dua hala) akan dibuka seperti biasa dari 6 petang hingga 7 pagi

Mesti Baca: Kabinet Tetapkan Jumlah Denda AES RM150

Sepanjang tempoh penyelenggaraan itu, satu laluan kontra di Terowong Genting Sempah akan diaktifkan. Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa musim perayaan, kerja-kerja penyelenggaraan akan dihentikan pada cuti Tahun Baru Cina dan Thaipusam – Sumber Kosmo Online

 

Terowong Genting Sempah

Para pengguna Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur dinasihatkan merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sepanjang tempoh penyelenggaraan ini.

Jalan lama Gombak-Bentong boleh digunakan sebagai jalan alternatif jika tidak mahu berhadapan dengan kemungkinan kesesakan lalu lintas sepanjang penyelenggaraan Terowong Genting Sempah nanti.

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!