Menu

Terpotong Kemaluan Rakan Akibat Bergurau

Gurauan boleh menjadi padah. Itulah yang berlaku seorang lelaki secara tidak sengaja terpotong kemaluan rakannya ketika mereka sedang memotong kayu bersama-sama.

Kejadian berlaku ketika kedua-dua rakan yang juga jiran itu sedang minum di perkampungan Vanataory di Romania sebelum insiden berlaku.

Tertuduh berkata beliau hanya menghayunkan gergaji ke arah mangsa dengan niat bergurau dan mengacah mangsa supaya berhati-hati tetapi secara tidak sengaja terpotong kemaluan rakannya.

“Saya memengang gergaji berkenaan dan berkata, berhati-hati, saya boleh memotong lutut kamu.

“Semua yang terjadi bukanlah disengajakan, saya hanya mahu berjenaka. Saya tidak berniat untuk memotong kemaluannya dan hanya mahu membantu untuk memotong kayu. Saya bukan penjenayah,” kata tertuduh.

terpotong kemaluan

Mangsa dikejarkan ke hospital dan pasukan perubatan berusaha keras menyelamatkan kemaluan mangsa.Ketika ini, mangsa serius tetapi stabil.

Isteri mangsa sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan mendakwa tertuduh kerana mendatangkan kecederaan kepada suaminya.

Baca Juga: Permohonan Kebenaran Berkahwin Online

Lelaki itu berharap dia tidak akan dipenjarakan berikutan insiden yang tidak disengajakan itu. – Sumber Sinar Harian Online (13/12/2016)

Bergurau memang seronok. Itulah orang kata bergurau lebih ketawa lebih nanti menangis.

Itulah yang terjadi sampai terpotong kemaluan rakan sendiri.

Kelakar pula admin baca. Macam-macam hal dalam dunia ni.

Lepas ni kalau rakan bergurau pegang benda tajam baik lari cepat nanti hilang kemaluan tak guna hidup 🙂

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!