Menu

7 Tips Bekerja Dengan Komputer Cara Selamat Untuk Pengguna Tegar

7 Tips Bekerja Dengan Komputer Cara Selamat. Zaman serba canggih semuanya komputer. Tidak kira anda bekerja di pejabat atau bekerja sendiri terutama yang membuat perniagaan online pasti kerjanya menghadap komputer betul tak?

Untuk pengetahuan kita semua, menggunakan komputer melebihi 1 jam dengan menekan kuat papan kekunci atau “keyboard” akan menyebabkan kerosakan pada bahagian tendon iaitu bahagian urat yang menyambungkan isi dengan tulang, saraf dan tisu.

tips bekerja dengan komputer cara selamat

Kalau dah terasa simptom seperti kebas tangan, lenguh jari dan kepenatan itu telah menunjukkan anda mengalami penyakit berkaitan komputer yang digelar Carpal Tunnel Syndrom, RSIs dan macam-macam lagi gelaran.

Pengguna Aktif Komputer Wajib Baca 7 Tips Bekerja Dengan Komputer Cara Selamat

Kalau hadap saja komputer boleh jadi gila, jadi admin nak kongsikan 7 tips bekerja dengan komputer yang akan mengurangkan risiko masalah kesihatan pada masa hadapan.

1. Letakkan monitor komputer pada jarak yang lebih jauh dan rendah. Kerusi dan meja hendaklah berada dalam posisi yang selesa. Jika meja terlalu tinggi, letakkan monitor pada rak yang boleh ditarik keluar.

2. Pastikan posisi duduk di hadapan komputer dalam keadaan betul. Badan tegak, elakkan menyandar atau duduk bermalas-malasan. Jangan dekatkan muka dengan skrin komputer ketika membaca. Sesekali ubah posisi dan tidak statik sahaja di hadapan komputer.

Mesti Baca: 8 Cara Kawal Marah Di Tempat Kerja. No 4 Tak Ramai Yang Buat

3. Kesilapan biasa pengguna komputer adalah postur badan ketika bekerja di hadapan komputer. Pastikan pergelangan tangan tidak diletakkan di atas buku dan sebagainya ketika menaip. Jangan menekan papan kekunci atau keyboard telalu kuat, menaip dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

4. Untuk mengelakkan sakit tulang belakang, pastikan duduk dengan tegak. Jika perlu, gunakan bantal kecil untuk menyokong badan.

5. Gunakan jenis huruf yang sesuai (font) ketika menaip supaya penglihatan jelas ketika membaca. Pastikan kecerahan komputer tidak terlalu terang dan tidak terlalu gelap.

Mesti Baca: Senarai 10 Pekerjaan Paling Stress 2017

tips bekerja dengan komputer cara selamat

6. Elakkan mencengkam dan menekan tetikus (mouse) dengan kuat. Perbuatan ini hanya akan merosakkan saraf tangan anda.

7. Bekerja dengan komputer terlalu lama hanya akan memenatkan tubuh. Selepas menaip selama 1 jam, berehat sebentar. Regangkan tangan dan jari, bangun seketika dan goyangkan badan, bukan menari 🙂

 Itulah 7 tips bekerja dengan komputer cara selamat.

Bekerja dengan komputer sebenarnya memenatkan, orang yang tidak bekerja dengan komputer atau laptop tak tahu betapa azabnya betul tak 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!