Menu

Baru Nak Mula Bekerja? Amalkan 9 Tips Bina Kerjaya Cemerlang

Amalkan 9 Tips Bina Kerjaya Cemerlang. Setelah bertahun-tahun menghabiskan masa di menara gading untuk mendapatkan segulung diploma atau ijazah, anda mesti bersemangat untuk memulakan kehidupan baru betul tak?

Tetapi… harus diingat!

Dunia pekerjaan dan dunia persekolahan/universiti sangat berbeza.

Kini, anda yang menentukan masa depan yang bagaimana hendak dicorakkan.

9 Tips Bina Kerjaya Cemerlang Untuk Yang Baru Bekerja

Jika anda sudah tidak sabar hendak memasuki alam pekerjaan, anda mesti berjiwa kental kerana menjadi seorang pekerja mungkin tidak seindah yang anda mimpikan.

1. Masuk Pejabat Tepat Pada Masa

Sebagai orang baru bekerja, tunjukkan kesungguhan dengan datang awal ke pejabat atau tempat kerja. Lakukan kerja-kerja yang telah dipertanggungjawabkan.

2. Pakaian Yang Sesuai

Pakai pakaian yang sesuai dan selesa bergantung kepada jenis pekerjaan anda. Pakaian melambangkan karisma. Jadi pilihlah pakaian yang memperlihatkan kebolehan anda dalam bidang diceburi.

3. Dengar, Dengar, Dengar Dan Perhatikan…….

Apa jua yang dilakukan, pastikan anda telah membuat penelitian mendalam terlebih dahulu sebelum bertindak. Tindakan melulu tanpa pertimbangan boleh menjejaskan kerjaya.

Tips Bina Kerjaya

4. Elakkan Bergosip 

Elakkan daripada terlibat dengan gosip bersama rakan sepejabat. Bukan bermakna anda pekakkan telinga dengan persekitaran, ambil tahu juga tetapi tidak perlu melibatkan diri dengan perkara yang tidak membantu kerjaya anda.

5. Jaga Tingkahlaku

Jangan lupakan adab-adab walaupun jawatan anda lebih tinggi. Sentiasa ucapkan terima kasih, minta maaf apabila melakukan kesalahan dan menjaga percakapan daripada menyinggung perasaan rakan.

6. Pilih Mentor Yang Sesuai

Orang lama dalam pejabat boleh menjadi mentor untuk anda melakukan tugas dengan baik. Tetapi pilih mentor yang sesuai kerana perangai orang lama tidak semuanya betul, maklumlah orang lama 🙂

7. Jangan Takut Bertanya

Jika kurang faham tugasan anda, bertanya dengan bos atau rakan yang arif. Lebih baik bertanya dahulu daripada melakukan kerja yang akhirnya menyusahkan orang lain.

Mesti Baca: 8 Cara Kawal Marah Di Tempat Kerja, No. 4 Tak Ramai Yang Buat

Tips Bina Kerjaya

8. Pantau Dan Tepati “Dateline”

Ini sangat penting kerana dunia pekerjaan ketika ini menuntut pekerja untuk mencapai sasaran atau biasa digelar KPI. Pantau dan cuba mencapai sasaran kerja yang telah ditetapkan.

9. Fokus Budaya Korporat Di Tempat Kerja

Tumpukan perhatian kepada budaya korporat di tempat kerja. Lihat suasana tempat kerja anda formal atau tidak. Sesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya tempat kerja akan menjadikan diri anda disayangi.

Itulah 9 tips bina kerjaya cemerlang bagi yang baru hendak memulakan pekerjaan.

Bagi yang telah lama bekerja, anda boleh juga mengamalkan tips-tips ini untuk melihat perubahan dalam kerjaya.

Kita biasa dengar ungkapan “selagi belum tutup mata, kerja..kerja.. kerja”..

Tidak kira anda bos atau kuli, semuanya bekerja untuk hidup 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!