Menu

Tips Kekal Sihat Tun Dr Mahathir

Dalam usia menjangkau 91 tahun, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih aktif ke sana ke mari, berfikiran tajam, kuat daya ingatan dan tampak hebat. Tentu ada tips kekal sihat Tun Dr Mahathir yang menjadi amalannya.

Lazimnya, bagi orang yang seusia beliau sudah tidak larat, terbaring atau memerlukan bantuan orang lain untuk berjalan atau berbuat sesuatu.

Bagi admin, Tun Dr Mahathir tetap idola sebahagian besar rakyat Malaysia, walaupun imejnya sedikit tercemar ketika ini kerana masih terbabit dengan politik tetapi beliau membuktikan usia bukan penghalang untuk terus berjuang.

Tips Kekal Sihat Tun Dr Mahathir

Menurut Tun Dr Mahathir,  tiada rahsia yang diamalkan cuma harus sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.

Tips Kekal Sihat Tun Dr Mahathir

Beliau juga turut memberi nasihat agar menjaga jantung masing-masing kerana ia merupakan organ penting dalam tubuh badan.

“Jantung bekerja sepanjang masa, dari dalam rahim lagi hingga akhir hayat kita, jadi ingat-ingatlah sikit dan janganlah bagi ia kerja banyak.

“Bila badan kecil, jantung berupaya bekerja dengan mudah untuk mengepam darah ke seluruh tubuh, tapi bila badan besar, organ tersebut perlu bekerja dengan lebih kuat lagi,” katanya.

“Ibu saya kata, ketika tengah seronok makan, berhenti. Apabila kita biasakan diri dengan tabiat ini, ia akan menjadi lebih mudah.

“Sebab itu, seluar yang saya beli 40 tahun dahulu masih lagi muat,” kata Tun Dr Mahathir.

Jom Cuba Tips Kekal Sihat Tun Dr Mahathir

  • Jangan hisap rokok
  • Jangan minum arak
  • Jangan makan terlalu banyak
  • Berhenti makan sebelum kenyang
  • Jaga jantung sebaik-baiknya

Mesti Baca: Rahsia Umur Panjang Wanita Tertua Dunia

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!