Tips Memandu Kereta Auto Cara Selamat

Pandu kereta auto memang senang tarik gear tak tekan minyak pun dah jalan dengan sendiri. Itu yang menyebabkan mudah terjadi kemalangan jika tak berhati-hati dengan kereta auto. Apakah tips memandu kereta auto cara selamat? Banyak perkara yang perlu anda perhatikan sebelum pandu kereta auto.

Tips Memandu Kereta Auto Cara Selamat. Elakkan Perkara-Perkara Ini!

Tips Memandu Kereta Auto Cara Selamat

Kredit Gambar: paultan.org

1) Jangan Tarik Gear Dalam Keadaan “P” atau Parking Sebelum Kereta Berhenti Sepenuhnya

Ramai yang buat perkara ini sebenarnya. Inilah punca pin pengunci gear kereta auto anda cepat rosak. Pastikan kereta anda berhenti sepenuhnya barulah tarik gear “P”.

2) Jangan Tukar Gear Sesuka Hati Tanpa Berhenti Sepenuhnya

Sama ada nak bergerak ke depan atau belakang pastikan kereta anda berhenti sepenuhnya barulah tukar gear. Contohnya, ketika kereta bergerak ke depan dan anda mahu berundur ke belakang berhenti dahulu baru tukar gear. Jangan ketika sedang bergerak terus tukar gear memang cepatlah gear kereta anda rosak.

3) Turun Bukit Ketika Gear Dalam Keadaan “N” atau Neutral

Kononnya nak jimat minyak atau nak rehatkan kaki daripada memijak pedal minyak atau brek tapi anda buat silap besar kerana anda kehilangan kawalan ke atas kereta apabila dalam keadaan NEUTRAL. Padahnya anda berdepan risiko kemalangan.

4) Tukar Gear Kepada “N” atau Neutral Ketika Sedang Berhenti Di Lampu Isyarat

Ramai yang buat perkara yang tidak perlu ini. Jika anda sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau tekan saja brek dan tak perlu tukar gear kepada “N”. Alasannya mudah saja. Jika anda sedang leka mendengar lagu, menggunakan telefon dan sebagainya dan lampu bertukar hijau mungkin anda tak sedar. Mulalah menggelabah apabila orang di belakang membunyikan hon dan secara tak sengaja dalam keandaan panik anda menarik gear “R” atau REVERSE. Anda faham sendirilah apa akan berlaku 🙂

Itulah serba sedikit Tips Memandu Kereta Auto Cara Selamat dan ada banyak lagi panduan menjaga gear kereta auto yang boleh anda dapatkan melalui mekanik, rakan, majalah kereta dan sebagainya.

Nampak macam mudah saja Tips Memandu Kereta Auto Cara Selamat di atas dan benda mudah ini ramai yang abaikan 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!