Menu

Tips Membaca Dengan Pantas Dan Mudah

Ada tips membaca dengan pantas dan mudah untuk yang gemar membaca tetapi kesuntukan masa untuk membaca kerana tuntutan kerja, keluarga dan sebagainya.

Walau sesibuk mana pun cuba luangkan masa untuk membaca kerana membaca jambatan ilmu. Tidak kira anda sudah bekerja, pelajar sekolah atau suri rumah boleh cuba tips membaca dengan pantas dan mudah ini.

Tips Membaca Dengan Pantas Dan Mudah

Tips Membaca Dengan Pantas Dan Mudah

1. Baca Sepintas Lalu Isi Kandungan

Biasanya buku mengandungi Isi Kandungan di muka hadapan. Lihat sepintas lalu apa yang terkandung dalam buku yang nak baca. Pilih topik yang anda minat untuk dibaca.

2. Berlatih Membaca Dengan Pantas

Sentiasa berlatih membaca dengan pantas. Tetapkan matlamat dan masa untuk anda habiskan bahan bacaan dalam masa ditetapkan.

3. Jangan Berhenti Apabila Ada Perkataan Kurang Faham

Apabila ada perkataan yang tak faham jangan berhenti membaca. Teruskan bacaan sehingga habis kerana anda akan dapat meneka apa perkataan yang tak faham itu nanti. Ianya saling berkaitan.

4. Membaca Dalam Keadaan Senyap

Membaca dalam keadaan senyap akan lebih tenang dan memudahkan pemahaman. Membaca dalam keadaan bising melambatkan pemahaman dan melambatkan proses pembacaan.

Tips Membaca Dengan Pantas

5. Latih Mata Membaca Dengan Pantas Dengan Ekor Mata

Jangan terlalu tumpukan mata kepada buku tetapi latih mata anda melihat perkataan dalam kumpulan yang banyak. Selain itu, latih membaca dengan “ekor mata” iaitu memandang perkataan di sebelah dalam masa yang sama anda sedang membaca perkataan sebelumnya.

6. Duduk Dengan Selesa Ketika Membaca

Posisi duduk yang betul juga memainkan peranan untuk membaca dengan pantas dan jarak mata dengan buku di antara 40cm – 60 cm.

7. Membayangkan Topik Yang Sedang Dibaca

Apabila anda dapat membayangkan situasi yang terdapat dalam sesuatu topik anda sudah menjimatkan masa kerana anda tidak perlu menumpukan bacaan tersebut dan boleh mengalihkan topik bacaan lain.

Begitulah tujuh Tips Membaca Dengan Pantas dan mudah yang boleh dicuba dan diamalkan. Jangan jadikan alasan kesuntukan masa untuk tidak membaca kerana dengan membaca anda bukan saja berilmu tapi berpandangan jauh berbanding mereka yang malas membaca.

Baca Juga: Enam Tips Menjadi Pekerja Terbaik Tahunan

Leave a Reply

error: Content is protected !!