Tips Semarakkan Cinta Suami Isteri (Untuk Yang Dah Lama Kahwin)

Itu dia.. admin tak tahu nak menulis apa hal cinta-cinta ni.. tapi disebabkan hari ini hari ulang tahun perkahwinan admin yang dah masuk 8 tahun dan dah beranak dua, admin nak menulis sikit tips semarakkan cinta suami isteri terutam bagi yang dah berbelas dan berpuluh tahun kahwin tu.

Sebelum itu, apa tujuan kita kahwin?

Tips Semarakkan Cinta Suami Isteri

Pertama sekali, sudah tentu mengikut sunnah Nabi. Selain itu, berkahwin dapat mengelakkan kita terus terjerumus dengan perkara haram.

Bercinta memang indah tapi sampai bila?

Jika bercinta asyik membawa kita kepada dosa saja baiklah berkahwin..

Anak Bertambah Cinta Suami Isteri Semakin Hambar?

Dalam sesetengah kes ianya BENAR.. apabila anak bertambah, tanggungjawab bertambah dan akhirnya suami isteri tak ada banyak masa untuk berbual mesra.

Akhirnya… hubungan suami isteri jadi hambar, cinta semakin pudar..

Tips Semarakkan Cinta Suami Isteri

Tetapi…

Jangan jadikan anak alasan cinta semakin pudar! kelahiran anak-anak sepatutnya menguatkan lagi cinta suami isteri kerana Allah telah berikan “hadiah” paling istimewa dalam hidup suami isteri iaitu anak untuk dijaga bersama-sama dengan curahan kasih sayang.

Tips Semarakkan Cinta Suami Isteri

1. Melakukan Hobi Bersama

Melakukan hobi bersama-sama boleh mengeratkan kasih sayang. Contohnya, jika isteri suka menanam bunga apa kata suami tolong siram bunga yang ditanam isteri.

2. Rancang Percutian Bersama

Ingat tak masa mula kahwin dahulu anda kerap bercuti sana sini mengapa lepas beranak pinak bercuti entah ke mana asyik terperap di rumah saja?

3. Jangan Asyik Main Telefon Saja

Kadang-kadang apabila di rumah isteri, suami dan anak masing-masing sibuk dengan telefon saja. Balas Whatsapp, Facebook dan sebagainya.

Teknologi membunuh hubungan komunikasi suami isteri!

Jangan asyik main telefon saja..

4. Tolong Isteri Menguruskan Anak Dan Bantu Kerja Rumah

Suami jangan jadi bos besar di rumah!

Walaupun suami penat bekerja isteri lagi penat terutama yang menyusukan anak kemudian nak menguruskan rumah lagi.

Kasihani isteri anda terutama isteri yang bekerja sepenuh masa.

Bantu menguruskan anak dan tolong buat kerja rumah seperti menjemur kain, menyapu sampah dan sebagainya.

Kejantanan suami tak hilang dengan buat kerja rumah ok..

Mesti Baca: Lebih 100 Pasangan Bercerai Setiap Hari 2016

Ok cukuplah setakat ini Tips Semarakkan Cinta Suami Isteri yang admin sempat titipkan.

Ada banyak lagi yang boleh suami isteri lakukan bersama untuk menaikkan semula aura cinta selepas beranak pinak.

Jujur admin sendiri tak mampu melakukan semua perkara di atas tetapi admin sentiasa berusaha memberi terbaik untuk masa depan keluarga yang admin bina.

Sekali lagi admin pesan kepada diri sendiri dan semua…

Jangan biarkan cinta suami isteri terus hambar..

Cintailah pasangan kita sehingga ke akhir hayat 🙂

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!