Menu

TMJ Menang Tanpa Bertanding Presiden FAM

TMJ menang tanpa bertanding presiden FAM selepas lawannya, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan keputusan menarik diri daripada merebut jawatan panas itu.

TMJ Menang Tanpa Bertanding Presiden FAM

Dalam sidang media yang diadakan hari ini, Annuar berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira komitmen TMJ terhadap bola sepak Malaysia dan perkenan Sultan Johor.

“Setelah berfikir dengan mendalam dan menimbang semua perkara, saya buat ketetapan untuk beri penghormatan pada calon satu lagi, Tengku Mahkota Johor agar baginda diberi kemenangan tanpa bertanding dan diisytihar presiden FAM yang baru.

“Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan Tengku Mahkota Johor boleh jadi aset penting kepada FAM.

“Sokongan dan perkenan duli Sultan Johor juga adalah penghormatan pada bola sepak Malaysia. Justeru, TMJ perlu diberi peluang yang seluas-luasnya untuk melakukan sesuatu untuk bola sepak Malaysia dan mengotakan segala janji baginda,” katanya pada sidang media di parlimen.

Mesti Baca: Bukan Calon Presiden FAM Saja, TMJ Jadi Pemain JDT?

Apabila ditanya adakah keputusan menarik diri ada kaitan dengan keputusan Majlis Amanah Raya (MARA) yang merehatkan beliau sebagai pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa menolak dakwaaan itu.

Sebenarnya ramai yang mengharapkan Tengku Mahkota Johor menerajui FAM selepas prestasi membanggakan baginda yang membawa pelbagai kejayaan kepada pasukan JDT.

Dengan TMJ menang tanpa bertanding presiden FAM, agenda seterusnya mengembalikan maruah pasukan negara.

Idea baru, pendekatan baru, gaya bola sepak moden yang diterapkan ke atas JDT patut disuntik kepada pasukan kebangsaan.

Yang dah lepas biarlah, sekarang beri sokongan dan masa kepada TMJ untuk mengubah haluan dan hala tuju pasukan kebangsaan.

Kita tunggu dan lihat.

Leave a Reply

error: Content is protected !!