Tok Gajah Berwajah Baru. Dollah Salleh Kembali?

Skuad Tok Gajah khabarnya sedang membuat persiapan rapi menghadapi Liga Super musim depan selepas prestasi merudum dan mengecewakan peminat pasukan Pahang musim ini yang baru berakhir.

Pasukan yang pernah digelar “Real Madrid Malaysia” itu hampir pasti membawa pulang Dollah Salleh dengan kemasukan sekurang-kurangnya sembilan pemain tempatan ke dalam pasukan.

Baca Juga: Pahang Kekal Liga Super Musim Depan

Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) juga dikatakan tidak akan menyambung kontrak empat pemain import sebelumnya dan pencarian pengganti “awang import” sedang giat dijalankan.

Tok Gajah

Sembilan pemain tempatan yang akan membarisi skuad Tok Gajah musim depan datang daripada pelbagai pasukan seperti Terengganu, Kelantan, Felda Uni­ted, Perak, Kedah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagaimanapun, nama-nama mereka masih dirahsiakan kerana masih terikat dengan kontrak bersama pasukan masing-masing sehingga habis bulan ini dan belum mendapat pelepasan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pasukan Pahang giat mempersiapkan barisan yang lebih mantap selepas prestasi mengecewakan musim lalu yang mana skuad Tok Gajah hampir terjerumus ke Liga Perdana musim akan datang.

Selepas semuanya muktamad, pasukan Pahang akan menjalani latihan di luar negara sebagai persiapan mengharungi Liga Malaysia musim depan.

Tahniah Tok Gajah kerana melakukan transformasi yang sangat diharapkan peminat setia pasukan Pahang untuk mengembalikan pasukan sebagai pencabar kejuaraan Liga Super 2017.

Leave a Reply

error: Content is protected !!