Tolong Tapau Makanan Kawan Ponteng Puasa, Income Lumayan!

Kerja mudah saja ni. Bagi yang mencari pendapatan sampingan sepanjang bulan puasa ni boleh mengambil upah membeli makanan kawan ponteng puasa. Kerja mudah untung lumayan dan yang paling best anda menempah pintu neraka dan mungkin akan hidup berjiran di sana nanti bersama sama.

Ada yang nak buat income lumayan tak?

Admin terbaca di Sinar Harian sebentar tadi ada yang sanggup bersubahat tolong belikan makanan kawan ponteng puasa kerana upahnya lumayan malah mencecah ribuan ringgit! Jom kita baca artikel yang admin petik ni.

Tolong Tapau Makanan Kawan Ponteng Puasa, Income Lumayan!

KUALA LUMPUR – “Setiap kali bulan puasa saya boleh buat pendapatan sampingan hanya dengan ambil upah beli makanan kawan-kawan sekerja, boleh cecah ribuan ringgit,”.

Itu pengakuan seorang bekas pekerja sebuah kilang di pinggir kota yang hanya mahu dikenali sebagai Zira, 29.

Walaupun sedar perbuatan bersubahatnya itu berdosa di sisi agama, dia tetap meneruskan kegiatan itu dan hanya memikirkan soal pulangan yang akan diperolehnya.

“Saya memang jenis tak malu, orang nak kata apa pun, katalah. Lagipun sebagai perempuan kita ada waktu-waktu tak boleh puasa.

 Kawan Ponteng Puasa

“Seminggu saya beli di satu kedai ini, minggu berikutnya saya beli di kedai lain. Jadi tak nampak ketara sangat,” katanya.

Zira berkata, dia mengambil upah antara RM2 hingga RM3 bagi satu kepala setiap kali membeli juadah untuk rakan-rakan sekerjanya.

Katanya, dalam sehari sehingga 20 set makanan akan dibeli walaupun bukan pada hari dia bekerja semata-mata untuk memberi khidmat kepada kaki ponteng puasa.

Mesti Baca: Makanan Dan Minuman Popular Bazar Ramadhan (Wajib Ada)

“Faham sajalah kerja kilang, angkat-angkat barang. Stor kilang akan jadi sasaran untuk kawan-kawan tak puasa ni makan. Bulan puasa gaji saya bersih sebab banyak duit dari hasil upah ni.

“Sempat la dalam tiga tahun saya buat kerja tu. Tapi sejak berhenti kerja lima tahun lalu, saya dah tak buat. Bila fikir balik sampai bila nak makan duit hasil upah macam tu,” katanya.

Zira bagaimanapun mengakui walaupun menjadi orang tengah membeli makanan untuk kaki ponteng puasa, dia tetap berpuasa seperti biasa.

“Cuma bila masa ‘cuti’ tu saya tumpang sekali la,” katanya – Sumber

Siapa nak buat kerja mudah tolong tapau makanan kawan ponteng puasa?

Lumayan tu….

Paling best boleh masuk neraka sama-sama mungkin dapat berjiran nanti.

Leave a Reply

error: Content is protected !!