Trend Bercerai Selepas Reunion, Mahu Kahwin Kekasih Lama

Majlis reunion yang  biasa dibuat untuk berjumpa dengan rakan lama semasa di sekolah dahulu adalah lumrah tetapi yang jadi tak bagusnya boleh membibitkan kisah cinta silam apabila terjumpa pasangan cinta monyet dahulu. Tiba-tiba terjadi pula kes bercerai selepas reunion. Jangan main-main…..

Apapun, pada pendapat admin bergantung kepada diri sendiri. Kalau dah masing-masing menggatal jadilah.

Mesti Baca: Video Izara Aishah Belanja…. Pehhh… Berdarah Hidung Kambing…

Buat apa nak ungkit kisah lama. Yang dah lepas sudahlah. Jangan cari penyakit nak berborak kisah cinta pula. Habis reunion habis jangan nak bermesej rindu bagai.

Trend Bercerai Selepas Reunion Meningkat

Kadar perceraian pada usia senja di negeri ini semakin meningkat dan membimbangkan, dengan kebanyakannya berpunca daripada pertemuan semula dengan rakan lama, selain kecurangan pasangan.

Pegawai Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) daerah Kuala Terengganu, Mohd Ariffin Jusoh, berkata trend perceraian dalam kalangan warga emas semakin meningkat sejak lima tahun lalu, dengan kebanyakannya berusia antara 60 hingga 70 tahun.

Bercerai Selepas Reunion

“Kebanyakan mereka datang menjalani sesi kaunseling di pejabat JHEAT sebelum memilih perceraian sebagai kata putus. “Sebahagian besar mereka juga memilih perceraian pada usia berkenaan dengan alasan menangguh berbuat demikian kerana komitmen anak, walaupun berdepan masalah sejak awal.

“Jika dahulu memang jarang yang bercerai pada usia senja, tetapi kini masalah itu semakin meningkat. Kebanyakan mereka mendakwa sudah lama mahu bercerai tetapi tidak berbuat demikian kerana komitmen anak dan mengambil keputusan bercerai selepas semua anak sudah bekerja dan berkahwin,” katanya selepas Program Derma Darah JHEAT di sini, semalam.

Mesti Baca: Empat Tanda Suami Curang. Kajian Kata Suami Curang IQ Rendah

Katanya, sebanyak 2,245 kes perceraian direkodkan sepanjang tahun lalu dengan kebanyakannya berpunca daripada masalah kisah silam iaitu apabila seorang daripada pasangan hadir ke perjumpaan semula (reunion) dan bertemu kekasih lama, selain penyebaran maklumat kecurangan pasangan melalui aplikasi WhatsApp.

Bercerai Selepas Reunion

“Kira-kira 200 kes perceraian dilaporkan setiap bulan sepanjang tahun lalu dan kebanyakannya berpunca daripada masalah pasangan yang didakwa tidak bertanggungjawab.

“Tetapi, trend terbaharu juga merekodkan jumlah tinggi kalangan pasangan yang bercerai kerana mahu berkahwin dengan kekasih lama selepas perjumpaan menerusi program pertemuan semula yang mereka ikuti,” katanya.

Mohd Ariffin berkata, pasangan seharusnya tidak terburu-buru mengambil keputusan bercerai selepas melihat kecurangan pasangan melalui laman sosial atau aplikasi WhatsApp, sebaliknya perlu menyiasat secara terperinci dan hadir ke sesi kaunseling sebagai langkah perdamaian dan mengelak perceraian – Sumber

Sebelum hadir mana-mana majlis reunion kalau ada pasangan cinta monye dahulu kalau boleh elakkan bercakap panjang cukuplah bertanya khabar.

Jangan nak gatal mulut buka cerita lama, elakkan berhubung secara sembunyi selepas habi majlis bimbang membibitkan kenangan manis lalu yang sukar dilupakan.

Trend bercerai selepas reunion semakin meningkat, jangan kita pun sama termasuk dalam statistik perceraian itu ok 🙂

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!