Menu

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Pulang Kedah Esok

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah akan berangkat pulang ke Kedah esok selepas menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 selama lima tahun.

Keberangkatan pulang baginda bersama-sama Tuanku Hajah Haminah dijadual berlangsung penuh istiadat diraja dengan bermula dari Istana Negara di sini pada pukul 8 pagi.

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

Menurut buku atur cara istiadat itu, pasangan diraja berkenaan dijadual ke Dataran Parlimen di sini untuk istiadat rasmi perpisahan sebelum berangkat ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang untuk menaiki pesawat pulang ke Kedah.

Baca Juga: Tiada Cuti 13 Disember Istiadat Pertabalan Agong Ke-15

Tuanku Abdul Halim mencipta sejarah negara apabila menjadi sultan pertama yang menyandang jawatan Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali. Kali pertama adalah sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada 21 Sept 1970 sehingga 20 Sept 1975 dan kali kedua dari 13 Dis 2011 sehingga 12 Dis 2016.

Baca Juga: Sultan Muhammad V Yang Dipertuan Agong Ke-15

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, akan menggantikan tempat Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15 – Sumber Utusan Online (12/11/2016)

Yang Dipertuan Agong ke-15

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah menjalankan tugas sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-14 dengan cemerlang sepanjang lima tahun ini.

Semoga pengganti baginda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang dikenali sebagai sultan berjiwa rakyat akan menjadi Yang Dipertuan Agong Ke-15 akan menurut jejak langkah baginda untuk tempoh lima tahun akan datang.

Leave a Reply

error: Content is protected !!