11 Tuntutan CUEPACS Menjelang Bajet 2018

11 Tuntutan CUEPACS Menjelang Bajet 2018. Seperti biasa apabila menjelang pembentangan Bajet 2018, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sebagai “suara’ penjawat awam akan mengemukakan tuntutan kepada kerajaan sebagai majikan kepada kakitangan awam.

11 Tuntutan CUEPACS Menjelang Bajet 2018

Menjelang pembentangan Bajet 2018, ada 11 tuntutan dibuat oleh CUEPACS untuk dipertimbangkan pihak kerajaan dan kini hanya terpulang kepada Perdana Menteri untuk memperhalusi setiap tuntutan tersebut.

Kakitangan awam sudah tentu tidak sabar lagi mahu mengetahui keputusan Bajet 2018, daripada 11 tuntutan CUEPACS, berapakah tuntutan yang akan dipenuhi pihak kerajaan.

Apakah 11 Tuntutan CUEPACS Menjelang Bajet 2018?

  • Elaun bandar raya sebanyak RM300 sebulan kepada setiap penjawat awam berstatus miskin bandar yang tinggal di kawasan berstatus bandar raya.
  • Pemberian rebat kepada penjawat awam yang menggunakan pengangkutan awam menerusi kad diskaun
  • Bonus sebulan setengah gaji
  • Dua kenaikan gaji tahunan
  • Memperbanyakkan pembinaan rumah pada harga RM90,000 hingga RM150,000 khusus bagi penjawat awam
  • Mengurangkan kadar faedah pinjaman perumahan daripada Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA) daripada empat peratus kepada satu peratus.
  • Kenaikan pelepasan cukai bagi beberapa kategori
  • Menyemak semula elaun wilayah dan elaun perumahan wilayah bagi penjawat awam di Sabah dan Sarawak
  • Imbuhan tetap khidmat awam bagi gred terendah dinaikkan daripada RM95 kepada RM180
  • Semua penjawat awam diberi perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi menggantikan ex-gratia, dengan caruman sendiri serta sedikit bantuan kerajaan.
  • Kenaikan pangkat khas untuk penyandang (KUP) kali kedua untuk penjawat awam gred kanan, dengan kali pertama ditukar daripada 13 tahun kepada 10 tahun, manakala kali kedua selepas lapan tahun – Sumber

Mesti Baca: Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)

11 Tuntutan CUEPACS Menjelang Bajet 2018

Semua tuntutan itu sudah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak awal Ogos lalu dan difahamkan, memorandum CUEPACS itu sedang diberikan pertimbangan serius oleh Pejabat Perdana Menteri.

Admin percaya dalam 11 tuntutan CUEPACS menjelang Bajet 2018 tersebut, bonus sebulan setengah gaji paling diharapkan betul tak?

Maklumlah sudah tujuh tahun kakitangan awam hanya diberikan bantuan khas kewangan RM500 setiap kali pembentangan Bajet.

Jangan terlalu berharap, apa yang diberikan nanti bersyukurlah kerana kakitangan swasta juga berhak mendapat pembelaan daripada pihak kerajaan walaupun tanggungjawab tersebut terletak kepada majikan.

Semoga semua mendapat manfaat daripada Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Oktober nanti 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!