Menu

UPSR 2016: 4,896 Calon Dapat Semua A

Keputusan UPSR 2016 mencatatkan keputusan cemerlang walapun menggunakan format baru dengan 4,896 calon mendapat semua A.

Jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 1.11 peratus daripada 440,782 calon yang menduduki UPSR 2016 menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof.

  • Seramai 8,345 calon atau 1.89 peratus mendapat keputusan maksimum 1B; 35,752 calon atau 8.11 peratus memperoleh minimum 2B; 91,366 calon atau 20.73 peratus (minimum 1C).
  • Seramai 152,825 calon atau 34.67 peratus (minimum 1D), 137,262 calon atau 31.14 peratus(minimum 1E) manakala 9,519 calon atau 2.16 peratus mendapat semua E. Gred Purata Nasional ialah 2.96.

upsr 2016

Kata Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof lagi, pencapaian calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2016 dilaporkan berdasarkan pelaksanaan kurikulum dan format peperiksaan baharu tanpa membuat perbandingan dengan pencapaian calon tahun lalu.

Calon peperiksaan UPSR 2016 adalah kumpulan pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Tahniah calon UPSR 2016 yang mencatat keputusan cemerlang dengan format peperiksaan baru. Teruskan kecemerlangan apabila memasuki sekolah menengah nanti.

Baca Juga: Semak Paras Air Sungai Dan Status Banjir Terkini

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!