Biar Betul Viva Anak Lelaki Proton Saga?

Viva anak lelaki Proton Saga? Ini bukan cerita dongeng, memang benar Viva anak kepada Proton Saga. Mula-mula admin pun tak percaya, mana mungkin Viva jenama kereta anak kepada Proton Saga juga jenama kereta. Tak faham bukan?

Ya….. ini bukan bohong. Viva anak lelaki Proton Saga.

Viva memiliki mykid yang sah membuktikan dia anak kepada Proton Saga yang juga memiliki mykad.

Sudahlah, admin malas nak berceloteh lagi.

Viva adalah nama seorang kanak-kanak orang asli di Kampung Orang Asli Sungai Jentong, Trolak. Nama unik seperti jenama kereta Malaysia Perodua Viva itu diberikan oleh bapa beliau yang juga memiliki nama jenama kereta Malaysia iaitu Proton Saga.

Bermulanya Kisah Viva Anak Lelaki Proton Saga

Semuanya bermula kira-kira 33 tahun dahulu, yang mana bapa kepada Proton Saga, Kelambu Jambi, 54, tidak tahu dan pening kepala nak letak nama apa untuk anak lelakinya.

Nama Proton Saga dicadangkan oleh seorang anggota polis yang ditemui di pejabat pendaftaran ketika hadir untuk mendaftarkan nama anak lelakinya. Ketika itu, negara baru sahaja melancarkan jenama kereta nasional pertama, Proton Saga.

Beliau bersetuju dan terus meletakkan nama Proton Saga kepada anak lelakinya itu.

Viva Anak Lelaki Proton Saga

Proton Saga menunjukkan MyKad miliknya dan MyKid anaknya, Viva – Sumber Gambar: Sinar Harian Online

Proton Saga Dapat Anak, Nama Viva Pula Jadi Pilihan

Setelah Proton Saga meningkat dewasa dan berkahwin, dapat pula anak lelaki. Memikirkan nama unik yang beliau ada, apa salahnya anak sulung beliau diberi nama yang unik juga.

Nama Viva sempena jenama kereta nasional negara, Perodua Viva dicadangkan seorang jururawat di Tapah memandangkan pada ketika itu anaknya lahir dua bulan selepas model kereta itu dilancarkan.

“Macam bapa saya juga, waktu tu saya tak tahu nak letak nama apa. Kebetulan ada misi datang periksa isteri saya. Dia beri cadangan nama Viva. Saya dan isteri rasa itu unik dan terus setuju,” kata Proton Saga.

Secara berseloroh, dia mengakui akan tersenyum setiap kali melihat Mykid anaknya tertera Viva Proton Saga. Viva kini berada di tahun empat di Sekolah Kebangsaan (SK) Trolak Selatan – Sumber berita dan gambar Sinar Harian Online

Mesti Baca: Biodata Remaja Bawa Kereta Lawan Arus Membunuh Orang Tak Bersalah!

Kelakar pula admin baca berita ni.

Orang yang mencadangkan nama ini kepada mereka pun main hentam je.

Tapi.. mereka setuju pula tu.

Kelebihan mereka yang memiliki nama unik ini akan sentiasa menjadi perhatian dan buah mulut orang.

Mana tau Viva anak lelaki Proton Saga boleh masuk Mentor Millenia akan datang 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!