Waspada! Kawasan Risiko Tinggi Insiden Lemas Di Malaysia

Berkelah memang menyeronokkan tetapi malang tidak berbau, keseronokan boleh bertukar tragedi sekelip mata. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berwaspada dan memerhatikan anak-anak kecil yang sedang leka bermandi-manda terutama berkelah di kawasan risiko tinggi insiden lemas biasa terjadi.

Mengikut statistik daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, terdapat beberapa lokasi atau kawasan risiko tinggi insiden lemas biasa berlaku. Sila ambil perhatian dan jangan ambil mudah.

Waspada! Kawasan Risiko Tinggi Insiden Lemas Di Malaysia

Walaupun beberapa kawasan dicatatkan sebagai risiko tinggi insiden lemas berlaku, ianya tidak akan menghalang pelancong untuk berkelah. Bukan tempat tersebut berbahaya, ada di antaranya sangat menarik seperti Air Terjun Chamang di Bentong, Pahang. Cuma, kita hendaklah berwaspada sahaja. Mana-mana pun boleh terjadi tragedi jika tidak mengambil langkah berjaga-jaga.

Waspada! Kawasan Risiko Tinggi Insiden Lemas

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah menyenaraikan beberapa kawasan yang memiliki rekod insiden lemas yang mungkin boleh menyebabkan tragedi kepada kita jika tidak mengambil langkah berjaga-jaga.

Harus diingat, bukan air terjun sahaja berisiko tetapi beberapa sungai juga merekodkan berlaku insiden lemas yang kerap.

Merujuk kepada statistik Jabatan Bomba, di antara bulan Januari sehingga Jun 2018 telah mencatatkan kira-kira 186 insiden kejadian lemas dengan air sungai dan tali air mencatatkan rekod kejadian lemas paling tinggi iaitu sebanyak 116 kes.

Mesti Baca: Awas! Momo Challenge Galak Kanak-Kanak Bunuh Diri

Mesti Baca: Awas! 7 Jenis Makanan Yang Dipanaskan Semula Jadi Racun

Sehinga Jun 2018, Selangor memiliki paling banyak kawasan risiko insiden lemas diikuti Kelantan, Pahang, Pulau Pinang dan Sabah.

Kawasan Risiko Tinggi Insiden Lemas

Sumber: Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Walaupun lokasi perkelahan di negeri-negeri lain tidak mencatat insiden lemas setakat Jun 2018, kita hendaklah sentiasa berwaspada. Malang tidak berbau, kematian tidak diduga.

Sekurang-kurangnya dengan statistik yang dikeluarkan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia ini menjadikan kita sentiasa berjaga-jaga.

Tidak salah berkelah ke kawasan risiko tinggi insiden lemas yang disenaraikan cuma pastikan kita peka terutama yang membawa anak-anak kecil. Leka sekejap tragedi menimpa.

Leave a Reply

error: Content is protected !!