Menu

Waspada Panggilan Palsu Kata Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM)

Hari ini, Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) memberi amaran kepada orang ramai tentang panggilan palsu yang menggunakan talian hotline, 1-300-88-9980.

panggilan palsu

Panggilan palsu tersebut berhubung penggunaan kad kredit dengan meminta maklumat perbankan peribadi yang sensitif melalui:

  • Panggilan telefon
  • Khidmat pesanan ringkas (SMS)
  • Email

Persatuan tersebut menasihatkan sesiapa yang memberi maklumat peribadinya kepada pemanggil sedemikian, agar menghubungi dengan segera bank yang berkenaan dan membuat laporan polis.

“ABM ingin memberi amaran kepada orang ramai bahawa panggilan sedemikian adalah palsu”.

“Orang ramai perlu sentiasa berwaspada untuk melindungi maklumat peribadi mereka sepanjang masa,”

“Mereka juga boleh menghubungi ABM bagi mendapatkan bantuan, jika perlu,” kata persatuan tersebut sambil menambah pihaknya menerima pertanyaan daripada orang ramai tentang panggilan telefon yang dibuat menggunakan nombor talian hotline ABM.

Mesti Baca: 25,000 Peluang Kerja Dan Latihan SL1M 2017

panggilan palsu

Untuk maklumat lanjut tentang penipuan berkaitan kewangan, sila rujuk:

  • Laman web ABM di http://www.abm.org.my
  • Hubungi Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) di talian 1-300-88-9980 atau 03-2078 8041

Panggilan palsu memang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Sekali lagi diingatkan, institusi kewangan termasuk pengeluar kad kredit TIDAK akan meminta maklumat perbankan peribadi yang sensitif melalui panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau emel.

Sentiasa berwaspada apabila ada pihak meminta maklumat peribadi!

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!