Yuran Taska Selangor Naik 2017

Yuran Taska Selangor Naik 2017. Itu maklumat terkini setakat ini iaitu kadar yuran Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Selangor bakal dinaikkan di antara RM10 hingga RM50 mulai Januari 2017 berikutan kos operasi yang semakin meningkat.

Pengerusi Persatuan Taska Negeri Selangor, Mahanom Basri berkata, kali terakhir yuran taska Selangor naik adalah pada 2013 semasa kerajaan memperkenal perintah gaji minimum kepada pekerja.

Pada masa sekarang, pengusaha taska di Selangor bergelut dengan peningkatan kos operasi termasuk kenaikan tahunan kadar sewa premis, peningkatan harga barangan selain perlu mematuhi peraturan daripada aspek kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan oleh agensi kerajaan.

“Untuk memenuhi semua peraturan ini, ia memerlukan kos contohnya pemasangan tangga keselamatan dan pemasangan sistem kamera litar tertutup yang memakan ribuan ringgit.”

“Prosedur wajib yang dikenakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti kursus pensijilan bagi pendidik, selain nisbah pendidik dan kanak-kanak turut menjadi punca mengapa kadar yuran perlu dinaikkan pada tahun hadapan,”kata Mahanom Basri pada sidang media di sini semalam.

Mahanom berkata, jika kadar yuran lama pada masa sekarang dikekalkan, kemungkinan besar ramai pengusaha taska di Selangor akan gulung tikar.

Yuran Taska Selangor

Pada masa ini, kadar yuran taska Selangor adalah antara RM150 hingga RM650 bagi seorang kanak-kanak, bergantung kepada lokasi taska dan usia kanak-kanak berkenaan. Untuk makluman, terdapat 1,148 taska berdaftar di Selangor buat masa ini.

Baca Juga: Bil Elektrik Tak Naik Sehingga Jun 2017

Mahanom Basri berharap kadar yuran taska Selangor naik akan diterima oleh ibu bapa bagi memastikan taska-taska di negeri ini dapat beroperasi dengan lebih berkesan pada masa hadapan – Sumber Utusan Online

Apabila cerita bab harga barang naik, yuran sekolah naik, harga minyak naik ramai yang akan melenting. Tak nafikan kos sara hidup semakin naik membuatkan ibu bapa semakin tersepit terutama yang ramai anak dan berpendapatan rendah atau sederhana.

Dalam situasi yuran taska Selangor naik ini diharapkan ibu bapa bertenang dan berfikiran rasional kerana kos operasi perniagaan terutama di bandar-bandar besar semakin meningkat setiap tahun.

Sebagai ibu bapa, kita pun berharap yuran taska naik tapi perkhidmatan mestilah setimpal dengan harga yang dibayar.

Leave a Reply

error: Content is protected !!