Menu

1.5 Juta Rakyat Johor Gemuk Kelima Di Malaysia

Seramai 1.5 juta rakyat Johor gemuk iaitu separuh daripada tiga juta rakyat Johor yang mengalami masalah kegemukan dan obesiti serius.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, fakta 1.5 juta rakyat Johor gemuk itu berdasarkan tinjauan Morbiditi Kesihatan Kebangsaan yang dijalankan pada tahun lalu.

rakyat johor gemuk

Menurut beliau, pe­rangkaan tersebut meliputi 49.1 peratus penduduk di negeri ini yang mengalami masalah kegemukan dan jumlah berkenaan dijangka meningkat saban tahun.

Baca Juga: Kanak-Kanak Kurang Tidur Boleh Jadi Gemuk

Katanya, Johor berada pada kedudukan kelima penduduk yang obesiti di negara ini selepas Putrajaya yang menduduki tangga pertama dengan 62.8 peratus, diikuti Melaka (53.7), Perlis (52.5) dan Negeri Sembilan (51.2).

Laporan ini sangat membimbangkan apabila nisbah daripada statistik tersebut juga menyatakan seorang daripada tiga orang dewasa di negara kita mengalami masalah kegemukan. Sumber

Gemuk atau obesiti berkait rapat dengan cara hidup yang tidak aktif. Kesibukan kerja menyebabkan ramai orang mengabaikan masa untuk beriadah dan mengeluarkan peluh. Dengan beriadah seperti berjoging dapat membakar kalori dan mengurangkan risiko menjadi gemuk.

Walaupun kegemukan juga berpunca daripada keturunan iaitu seseorang yang lahir daripada keturunan gemuk akan cenderung menjadi gemuk juga tapi ianya boleh diatasi dengan mengamalkan senaman teratur dan pemakan yang sihat untuk mengatasi kegemukan serius.

Statistik 1.5 juta rakyat Johor gemuk ini menjadi bukti kita sedang menuju ke arah menjadi negara dengan rakyat gemuk yang ramai.

Leave a Reply

error: Content is protected !!