10 Ribu Tiket Percuma Legoland Sehingga 20 Ogos 2017
Siapa nak 10 ribu tiket percuma Legoland? Berita baik! Sempena ulang tahun Malaysia ke-60, akhbar Sinar Harian dan Legoland Malaysia Resort akan memberikan 10,000 tiket percuma untuk ke Taman Tema Legoland.
Admin sendiri pun tak pernah pergi Legoland. Lokasi agak jauh di selatan tanah air, kalau nak pergi kena ambil cuti 3 hari juga.
Jadi kepada sesiapa yang berhajat ke taman tema tersebut ambil peluang baik ini. Ada 10 ribu tiket percuma Legoland untuk direbut!
Peluang Rebut 10 Ribu Tiket Percuma Legoland
SHAH ALAM – Bersempena ulang tahun Malaysia ke-60, akhbar Sinar Harian dan Legoland Malaysia Resort akan memberikan 10,000 tiket ke taman tema Legoland secara percuma.
Pembaca akhbar Sinar Harian hanya perlu mengumpul lima token mengikut siri berserta logo muka hadapan akhbar Sinar Harian untuk layak memperoleh satu tiket secara percuma.
Mesti Baca: Wang Tak Dituntut: Pernah Buka Banyak Akaun Bank Wajib Baca…
Bagi menebus tiket tersebut, pembaca perlu melengkapkan segala butiran diri di laman web www.sinarharian.com.my/legoland, kemudian mencetaknya dan dibawa bersama keratan token ke pejabat Sinar Harian terpilih bermula pada 23 Ogos sehingga 25 Ogos.
Dapatkan akhbar Sinar Harian 31 Julai 2017 sehingga 20 Ogos untuk maklumat lanjut.
Keratan token dan diskaun akan disiarkan secara berselang-seli bermula keratan diskaun pada 31 Julai, diikuti token pertama pada hari berikutnya.
Kedua-dua tawaran ini akan berakhir pada 20 Ogos depan.
Setiap pembaca hanya layak menebus dua keping tiket dalam sekali penebusan.
Selain tiket percuma, diskaun 60 peratus juga disediakan untuk pembelian tiket Legoland sama ada untuk taman tema atau kombo (taman tema dan taman air).
Pembaca hanya perlu membawa keratan tersebut ke Legoland untuk menikmati diskaun ditawarkan.
Tiket sah bermula 21 Ogos sehingga 20 September 2017 – Sumber
Jangan lepaskan peluang baik untuk rebut 10 ribu tiket percuma Legoland ini..
Tarikh tutup 20 Ogos 2017.
Caranya sangat mudah.
Admin pun nak cubalah mana tahu ada rezeki 🙂