Menu

15,000 Jawatan Tetap Kerajaan Masih Kosong

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memaklumkan terdapat kira-kira 15,000 jawatan tetap kerajaan yang masih kosong dan boleh dimohon bagi mana-mana individu yang memenuhi kelayakan.

Pengerusinya, Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, kekosongan jawatan itu bersandarkan kepada pelantikan tahunan serta bergantung kepada permintaan daripada setiap kementerian dan jabatan kerajaan.

Katanya, pihaknya pernah membuat sebanyak 25,000 lantikan jawatan tetap sebelum ini yang bergantung kepada permintaan daripada setiap kementerian tersebut.

Jawatan Tetap Kerajaan Dan Kontrak Hampir 35000 Kekosongan

“Bagi jawatan kontrak anggaran 15,000 hingga 20,000 kekosongan bergantung kepada keperluan tahunan yang mungkin bertambah atau berkurang kerana sebaik sahaja jawatan itu dipohon oleh pihak kementerian kita akan buat proses seterusnya.

Mesti Baca: 10 Tip Temuduga Kerajaan Dan Swasta

15,000 Jawatan Tetap Kerajaan Masih Kosong

Permohonan perjawatan dalam sektor kerajaan juga tiada had umur namun bergantung kepada skim yang dipohon contohnya melibatkan tenaga fizikal seperti agensi penguat kuasa (ada had umur tertentu).

Malah, permohonan biasa bagi mereka yang berumur 40 tahun juga boleh dibuat sekiranya ada bidang kelainan, kita akan ambil mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Sumber

Jika dicampur jawatan tetap kerajaan dan kontrak hampir mencecah 35,000 kekosongan.

Ini bermakna peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan masih terbuka luas walaupun saingan agak sengit dengan pelbagai prosedur terutama peperiksaan online yang sering menggagalkan calon.

Apapun, jangan berhenti berusaha jika benar-benar mahu masuk berkerja dalam sektor awam. Usaha tangga kejayaan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!