Menu

2 Juta Dekoder MYTV Percuma Milik Siapa?

Sebanyak 2 juta dekoder MYTV telah mula diedarkan secara percuma kepada isi rumah di Malaysia yang layak. Bertuah sungguh jika terpilih tapi admin tak layak. Jadi 2 Juta Dekoder MYTV Percuma Milik Siapa?  Semak Sekarang

2 Juta Dekoder MYTV Percuma Milik Siapa?

 

Anda layak mendapat dekoder percuma MYTV? Tahniah! Ok tunggu penghantaran ke rumah anda dan ikut saja panduan pemasangan yang disertakan sekali. Kalau tak berjaya pasang sendiri boleh hubungi Bahagian Pemasangan dan ada bayaran pemasangan dikenakan 🙂

MYTV adalah siaran DTT menggunakan aerial UHF untuk anda menikmati siaran digital yang dikendalikan oleh Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat ke arah mencapai status negara maju. Masih tak faham konsep DTT dan penggunaan MYTV? Baca Soalan Lazim

MYTV VS ASTRO

Ini yang paling hangat diperkatakan dalam media sosial. Orang kata MYTV nak lawan ASTRO atau nak kurangkan pengaruh dominan ASTRO dalam menguasai dunia penyiaran media elektronik. Benarkah begitu?

Tak dapat nafikan ASTRO menerima pelbagai kecaman sejak akhir-akhir ini. Pendek kata ada saja yang tak kena dengan kualiti perkhidmatan ASTRO. Ini bukan kecaman terhadap ASTRO tapi berdasarkan pengalaman dan pembacaan di antara rungutan yang biasa dengar:

  • Hujan sikit tak dapat siaran
  • Cas pemasangan semula selepas pemotongan agak mahal
  • Ulang siaran yang sama setiap hari
  • Cas pemasangan semual selepas dipotong agak mahal
  • Macam-macam lagilah

Ada yang lancarkan kempen boikot ASTRO dalam media sosial kerana kemunculan MYTV. jangan terburu-buru! Kita tak boleh nilai perkhidmatan MYTV buat masa sekarang kerana tak adil untuk menilai daripada andaian semata-mata. Kita tunggu MYTV beroperasi sepenuhnya dan lihat maklumbalas yang diterima nanti.

Kemudian, anda tentukan MYTV atau ASTRO mana yang terbaik daripada segi kualiti perkhidmatan. Harga bukan masalah jika kualiti perkhidmatan “tip top” betul tak? Pilihan Di Tangan Anda.

Masih tertanya 2 juta dekoder MYTV percuma milik siapa? Semak sekarang

Semoga kehadiran MYTV menjadi alternatif kepada yang tidak mampu memiliki siaran ASTRO untuk menikmati kualiti siaran yang bermutu tinggi.

Bagi ASTRO pula mereka tak perlu gusar dengan kehadiran MYTV sebaliknya ini menjadikan mereka lebih berdaya saing dan berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam mencapai kepuasan pelanggan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!