Menu

2019 Tahun Cemerlang Harimau Malaya

Secara keseluruhan, 2019 merupakan tahun cemerlang Harimau Malaya dengan hasil memberangsangkan buat bola sepak negara dan peminat tempatan pastinya teruja untuk melihat pemain Malaysia, baik senior mahupun remaja, memperagakan aksi lebih cemerlang di pentas antarabangsa dan domestik bagi musim 2020.

Kebangkitan pasukan bola sepak kebangsaan dalam tempoh sembilan bulan menyaksikan Malaysia menutup musim 2019 di kedudukan terbaik untuk mencipta sejarah menempah slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023 buat kali pertama dalam jangka masa 40 tahun.

2019 Tahun Cemerlang Harimau Malaya, Potensi Cipta Sejarah.

2019 Tahun Cemerlang Harimau Malaya, Potensi Cipta Sejarah.

Jika berjaya, Malaysia turut melakar sejarah julung kali mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 walaupun bersaing bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE) di kedudukan ke-71 dunia, Vietnam (94), Thailand (113) dan Indonesia (173) dalam Kumpulan G saingan pusingan kedua kempen tersebut.

Mesti Baca: Luis Suarez Atlit Paling Dibenci Sepanjang Zaman

Skuad Harimau Malaya merekodkan sembilan kemenangan dalam keseluruhan 13 perlawanan sepanjang tahun ini, sejak muncul naib juara Piala AFF 2018 pada Disember tahun lalu.

Empat daripada sembilan kemenangan dilakar ke atas pasukan di ranking lebih tinggi ketika aksi tersebut berlangsung – Afghanistan (147) pada Kejuaraan Piala Airmarine (Mac); Nepal (161) serta Tajikistan (116) pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 (Jun dan November), dan Thailand (109) dalam saingan Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 14 Nov lepas.

Malah, dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, anak buah ketua jurulatih Tan Cheng Hoe hampir mengejutkan UAE yang ketika itu di ranking ke-65 dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil, namun nasib lebih memihak kepada pasukan daripada Asia Barat itu dengan kemenangan tipis 2-1.

Baca Artikel Penuh

Bayangkan kalau Harimau Malaya layak ke Piala Dunia Qatar 2022? Wow! gempak habis tetapi sasaran paling realistik setakat ini layak ke Piala Asia 2023 pun sudah cukup membanggakan.

Tahniah pemain kebangsaan kerana menjadikan 2019 tahun cemerlang Harimau Malaya!

Leave a Reply

error: Content is protected !!