Menu

Lebih 60 Barang Kena GST Mulai 01 Julai 2017

Hari ini admin terbaca di media sosial yang mana terdapat lebih 60 barang kena GST mulai 01 Julai 2017 ini.

Seperti yang dijangka, kenaikan harga barang akan terus berlaku. Ramai orang cakap Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dapat boleh buat belanja dapur tetapi ramai yang terlupa BR1M tak semua merasa, GST semua merasa tak kira kaya, miskin, tua dan muda.

Lebih 60 Barang Kena GST Mulai 01 Julai 2017

Lebih 60 jenis barangan makanan akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 Julai ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Subromaniam Tholasy yang dipetik oleh akhbar The Star sebagai berkata, kenyataan penuh akan dikeluarkan hari ini.

“Ia hanya beberapa barangan yang jarang digunakan oleh orang ramai,” katanya.

60 Barang Kena GST

Semalam, akhbar Cina, China Press melaporkan antara barangan berkenaan, termasuk makanan laut tertentu, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi.

Barangan baru yang akan dikenakan GST itu termasuk belut, ikan todak dan buah-buahan yang diimport seperti avokado, buah ara, anggur, nectarines, ceri dan beri.

Sementara itu, sayur-sayuran seperti kentang, kacang panjang, kacang, bayam dan jagung manis juga akan dikeluarkan daripada senarai GST berkadar sifar.

Barangan lain termasuk bihun, kuey teow, laksa mee dan minyak kelapa.

Kerajaan telah memperkenalkan GST pada April 2015 dalam bentuk cukai 6 peratus ke atas barangan dan perkhidmatan.

Mesti Baca: 7 Langkah Meningkatkan Jualan Dengan FanPage

Untuk senarai lengkap barangan dan perkhidmatan berkadar sifar, lawatan gst.customs.gov.my atau www.federalgazette.agc.gov.my – Sumber Malaysiakini

Nanti admin update senarai 60 barang kena GST apabila mendapat info tepat dan sahih ok.

Mujur senarai barang tersebut dikenakan selepas hari raya Aidilfitri yang tak lama lagi, kalau tak lagi berasap 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!