7 Langkah Meningkatkan Jualan Dengan Fanpage
7 Langkah Meningkatkan Jualan Dengan Fanpage. Bagi peniaga online, sama ada menjual produk digital atau fizikal, memiliki Facebook Fanpage adalah satu kemestian. Fanpage diibaratkan seperti sebuah kedai online yang mana anda boleh promo apa saja di sana.
Pada tahun 2017, sudah terdapat hampir 2 billion manusia di seluruh dunia yang menggunakan facebook! Manakala pengguna facebook di Malaysia pula, ianya kini sudah mencecah lebih dari 20 juta pengguna!
Dimana, sebilangan besar penggunanya ialah mereka yang berumur 25 hingga 34 tahun.
Golongan ini adalah merupakan golongan yang mempunyai kuasa membeli yang sangat kuat! Mereka kebanyakkan sudah bekerja dan sudah mempunyai wang dan akaun bank sendiri untuk berbelanja.
Membeli belah online pun sudah menjadi suatu perkara biasa pada masa kini.
Mesti Baca: Menulis Kerana Duit Dengan Blog. Boleh Ke…?
Jadi, adalah amat rugi jika anda tidak memasarkan produk anda menggunakan facebook!
Perhatian! jika anda masih menggunakan Facebook untuk menjual, jangan terkejut jika akaun Facebook anda akan ditutup tanpa notis oleh pihak Facebook nanti.
Polisi Facebook tidak membenarkan penggunaan Facebook peribadi untuk berniaga sebaliknya kita dikehendaki menggunakan Fanpage.
Masalah Biasa Berkaitan Dengan Fanpage
- TAK TAHU nak bina fanpage yang terbaik dan kelihatan profesional
- TAK TAHU nak kumpul dan naikkan jumlah like agar fanpage nampak berkredibiliti
- TAK TAHU nak buat post yang dapat menarik minat orang untuk membeli!
- TAK TAHU cara buat iklan yang betul untuk mendapatan jualan dengan pantas!
- TAK TAHU cara nak berinteraksi dan close sale dengan mudah apabila sudah ada prospek yang berminat dengan produk yang dijual!
7 Langkah Meningkatkan Jualan Dengan Fanpage
Amat malang jika pemilik Fanpage masih tidak tahu langkah meningkatkan jualan dengan Fanpage, ianya memang satu kerugian besar kerana apa tujuan anda mencipta Fanpage jika tidak tahu menjual? atau tiada peningkatan jualan betul tak?
Langkah 1: Produk – Nak Jual Apa?
Perkara pertama yang perlu anda fikirkan ialah tentang produk. Apakah produk yang mahu anda jual? Apakah manfaat produk tersebut? Apakah masalah yang ia dapat selesaikan?
Langkah 2: Pelanggan – Nak Jual Kepada Siapa?
Ini adalah langkah yang paling kritikal! Jika anda tidak tahu siapa pelanggan anda, amat sukar untuk menjual produk. Kenalpasti pelanggan yang tepat.
Langkah 3: Bina Fanpage Yang Power!
Bina Fanpage yang berkualiti, profesional dan mempunyai kadar engagement yang tinggi.
Langkah 4: Tarik Atau Kumpul Likes Berkualiti
Suka atau tidak, mempunyai sebilangan like adalah sangat penting sebagai “first impression” orang ramai terhadap fanpage anda.
Like yang bagaimana juga mesti anda ambil tahu kerana kita tidak mahu “like sampah”, anda mesti mengumpul like yang berkualiti tinggi dan benar-benar berminat dengan produk jualan anda!
Langkah 5: Post dan Engagement
Ramai pemilik fanpage yang pening dan tiada idea tentang apa yang mahu di tulis atau di post pada fanpage mereka!
Anda mesti mengetahui post-post yang akan dapat menjadikan fanpage anda kelihatan menarik dan sekaligus mencipta engagement yang baik dengan follower-follower fanpage anda.
Langkah ini penting untuk membina kepercayaan antara anda dan follower anda. Sebabnya… kebanyakkan orang selalunya lebih mudah membeli dengan orang yang mereka kenal dan percaya berbanding orang yang tidak dikenali.
Langkah 6: Iklan dan Letup!
Bagaimana untuk membuat post iklan yang mampu menarik perhatian follower-follower anda untuk membeli?
Ada 3 format post iklan yang boleh anda gunakan! Iaitu… APSDA, ADSA atau ATSA!
Apakah itu? Nanti admin akan beritahu.
Setelah anda membuat post iklan, anda perlu lakukan split testing.
Langkah 7: Contact, Close dan Ship!
Langkah terakhir adalah langkah membuat jualan! Untuk langkah terakhir ini, anda mesti tahu cara memastikan jualan berjaya dibuat.
Lebih menarik jika anda mampu memikat pelanggan membeli lebih daripada 1 unit produk!
Rahsia Sulit Menaikkan LIKE Fanpage 10 Kali/100 Kali Ganda!
Seperti yang anda baca di langkah 4 di atas, langkah meningkatkan jualan dengan fanpage paling penting adalah memiliki JUMLAH LIKE yang banyak!
Bagaimana untuk menaikkan like fanpage antara 10 kali ganda sehingga 100 kali ganda dari jumlah like sediakala?
Ianya sangat penting untuk membolehkan anda mendapatkan jualan yang lebih banyak.
Lebih banyak like yang anda miliki, bermakna lebih banyak bilangan prospek anda. Semakin ramai prospek, semakin banyak jualan yang boleh dihasilkan!
Nak tahu cara sulit menaikkan Like fanpage berkali-kali ganda? Baca Seterusnya
Berniaga di Facebook Fanpage nampak macam mudah, tulis post, masuk gambar dan tunggu sahaja orang komen atau PM.
Tetapi…. lebih ramai yang kecewa berniaga di facebook kerana tidak menguasai 7 langkah meningkatkan jualan dengan fanpage seperti di atas.
Apabila dah mahir nanti, anda pasti tak menang tangan punya 🙂