8 Cara Kawal Marah Di Tempat Kerja, No 4 Tak Ramai Yang Buat..
8 Cara Kawal Marah Di Tempat Kerja. Kemarahan adalah perkara biasa, tak kira di mana sahaja di rumah atau pun di tempat kerja. Kemarahan yang tak boleh dikawal boleh memberi kesan negatif sehingga menyebabkan tekanan perasaan yang kritikal.
Kemarahan di tempat kerja boleh merosakkan hubungan dengan teman sekerja dan akan menjejaskan prestasi kerja. Lebih buruk ada yang dibuang kerja kerana kemarahan tersebut telah menimbulkan suasana tidak harmoni di tempat kerja.
8 Cara Kawal Marah Di Tempat Kerja
Perasaan marah di tempat kerja memang tak boleh dielakkan tetapi ianya boleh dikawal dan diuruskan dengan baik sebelum ianya melarat.
1. Berfikir Secara Rasional
Sebelum melepaskan kemarahan, cuba fikir sekejap adakah kemarahan anda akan berpanjangan atau bersifat sementara?
Soalan ini akan memberi ruang kepada anda untuk berfikir lebih rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata. Jika anda mendapat jawapannya, anda pasti lebih tenang dan mampu mengawal perasaan marah tersebut.
2. Fikirkan Kesan Buruk
Sebelum marah fikirkan kesan buruk akibat kemarahan anda itu. Adakah kesan daripada kemarahan itu meninggalkan kesan negatif secara berpanjangan?
Jika benar, lebih baik anda bertenang. Jika perkara yang menyebabkan kemarahan itu tidak terlalu besar, lebih baik diam saja daripada marah.
Mesti Baca: Stress? Cuba Enam Cara Hilangkan Stress
3. Kenang Semula Kebaikan
Ketika anda sedang marah, cuba bayangkan anda di tempat orang yang dimarahi. Fikirkan sejenak jasa dan kebaikan yang pernah disumbangkan kepada anda.
4. Beristighfar Dan Ambil Wuduk
Bagi orang Islam, mengambil wuduk dapat meredakan kemarahan. Selain itu, banyakkan beristighfar kepada Allah. Semakin banyak beristighfar , perasaan marah akan reda dengan cepat.
5. Buat Kiraan
Ketika marah, cuba buat kiraan 1 sehingga 10 dalam hati dengan tenang tanpa berkata-kata. Cara ini tidak meredakan kemarahan dengan cepat tetapi lambat laun anda akan lebih bertenang.
Mesti Baca: Senarai 10 Pekerjaan Paling Stress 2017
6. Pejamkan Mata
Ketika marah, pejamkan mata dan bayangkan saat indah dan istimewa bersama orang tersayang. Cara ini amat berkesan untuk mengurangkan kemarahan dengan cepat.
7. Teknik Pernafasan
Cara kawal marah di tempat kerja yang paling berkesan. Fokus pada cara pernafasan dengan menarik nafas dalam- dalam dan hembus secara perlahan-lahan.
8. Luahkan Perasaan
Jika anda sudah cuba banyak cara tetapi tak berkesan juga, anda perlukan bantuan orang lain seperti luahkan perasaan kepada suami/isteri, rakan, keluarga atau berjumpa dengan pakar kaunseling.
Itulah 8 cara kawal marah di tempat kerja yang dapat admin kongsikan untuk panduan kita semua.
Perasaan marah di tempat kerja adalah perkara biasa tambahan pula bagi yang bekerja dalam situasi tekanan dan mengejar masa/target.
Cuma…… jangan biarkan marah berpanjangan. Nanti tak seronok pula bekerja semua bermasam muka 🙂