ACAB Belum Mati, Kembali Dengan Lagu Ciptaan Terakhir
ACAB belum mati? Ya, band lagenda yang memperjuangkan muzik street rock dan scene skindhead kembali dengan buah tangan terbaru walaupun sudah lama menyepi dengan anggotanya sibuk dengan band projek masing-masing.
Bagi admin yang lahir dalam era 80an ketika muzik rock dan scene underground sangat kuat ketika itu, ACAB adalah salah satu kumpulan muzik yang betul-betul menarik perhatian admin.
Selain ACAB, admin juga sangat meminati The Official (Magoo), dua band Skindhead ini betul-betul mempengaruhi admin masa zaman budak dahulu. Kalau band Skindhead generasi baru, The Nationhead menjadi pilihan.
Walaupun mereka memperjuangkan scene skinhead, itu bukan alasan bagi peminat muzik kerana lagu-lagu yang dicipta oleh kumpulan ini terutama daripada peneraju utama iaitu Magskin (Major Max/Megat Hafiz) mengetengahkan isu semasa, penyalahgunaan kuasa, hak, menentang perkauman dan sebagainya.
“Admin mula belajar bermain gitar akibat terpengaruh dengan lagu-lagu ACAB malah terikut-ikut gaya rambut sikat tepi Magskin sampai sekarang”
“Fight For Your Right, Freedom And Justice, Hasutan Syaitan, Racial Hatred, You Lie dan banyak lagi lagu-lagu ACAB masih ada dalam senarai lagu dalam handphone admin, sesekali layan apabila nak tidur.
Kali terakhir ACAB menghasilkan album adalah Bangun pada 2004 dengan lagu yang paling admin suka “Hasutan Syaitan”, dia punya part goreng memang terangkat dan muncul sebagai The ACAB pada 2006 dengan album This Is The ACAB.
kredit video: nopotato09
Artikel Menarik: Buku Kord Gitar Kenangan Mengusik Jiwa
This Is The ACAB lari habis daripada konsep asal mereka street rock/oi tetapi ianya tetap album terbaik kerana bakat Magskin dalam menghasilkan lagu memang tidak boleh dipertikaikan. Konsep rock indie diketengahkan The ACAB dengan barisan lagu seperti Now And Again, Setelah, Bertemu, Goodbye dan sebagainya tetap menarik untuk didengari.
Kemudian, ACAB senyap, tiada khabar berita album terbaru, dengan Magskin dilihat berubah imej kepada berjubah dan berserban (ada orang tuduh dia syiah), macam-macam lagi berita kurang enak, khabar berita perpecahan kumpulan dan sebagainya sehinggalah ACAB kembali…………
ACAB Belum Mati, Kembali Dengan Lagu Ciptaan Terakhir
Tahun 2020, menyaksikan ACAB kembali dengan buah tangan terbaru dengan anggota asal tetapi tiada Eddy J Herwan, mungkin sibuk dengan projek beliau atau ada masalah di antara mereka, pedulikan itu semua.
A.C.A.B Demonstration ’95 Revisited + New Single
ACAB kembali muncul dengan album baru dan mungkin yang terakhir. Album baru sebenarnya dipetik daripada demo lama mereka pada tahun 2005 iaitu ‘A.C.A.B’ yang memuatkan tujuh lagu seperti Unfairground, City Girl, A.C.A.B., Fight For Your Right dan banyak lagi.
Terdapat empat lagu daripada demo tersebut dirakamkan semula dengan pembaharuan daripada segi lirik yang tidak terlalu kasar, rakaman dan bunyi yang lebih baik iaitu Somebody’s Song, City Girl, Bookies, One Three One Two dan sebuah single baharu What It’s Like To Be Free.
Menurut Magskin/Major Max, What It’s Like To Be Free adalah lagu terakhir yang dicipta untuk A.C.A.B. kerana selepas ini beliau akan fokus dengan kumpulan Klan dan lagu-lagu baharu akan dipindahkan ke sana.
Jadi, kepada peminat lama ACAB atau peminat baru bolehlah mendapatkan album terkini ACAB yang mungkin album terakhir daripada mereka kerana Major Max akan fokus kepada band baru beliau iaitu Klan.
Untuk pembelian boleh hubungi Major Max/Megat Hafiz di Facebook Megat Hafiz Mohammad atau tekan no Whatsapp
ACAB belum mati! Siga Saga Oi!