Acap Belum Jumpa Lagi, Tiada Di Johor

Acap belum jumpa lagi. Itu kenyataan yang dikeluarkan polis semalam. Kalau masih belum jumpa bermakna segala bentuk teori dan spekulasi masih boleh digunapakai. Ada yang berkata Acap ditemui selamat dan berada di Johor tetapi polis pun tiada maklumat.

Jadi, jangan memandai buat cerita. Lebih-lebih lagi mengaitkan hal khurafat dan syirik. Kita boleh membuat teori atau spekulasi tetapi jangan memaksa atau menghasut orang lain untuk menerimanya.

Acap Belum Jumpa Lagi, Teori Kekal Teori

Setakat ini teori paling popular Acap disorok Bunian. Salah satu sebabnya Acap hilang dalam kawasan hutan yang diakui “keras” oleh pengamal perubatan tradisional dan islam. Hilang tanpa kesan dan jejak menguatkan teori tersebut, malah ada yang mendakwa telah berhubung dengan makhluk ghaib mengatakan beliau telah berkahwin dengan bunian dan sebagainya.

Teori kedua Acap belum jumpa lagi beliau terjatuh dalam gaung yang dalam dan sukar dikesan. Kemungkinan menyebabkan kecederaan dan tidak dapat bergerak atau lebih buruk lagi telah meninggal dunia. Jika beliau mengalami kecederaan tetapi masih boleh bergerak mungkin beliau telah keluar dari kawasan pencarian untuk mendapatkan bantuan. Teori ini boleh disandarkan kepada pengalaman pihak bomba yang berpengalaman mencari orang hilang. Baca Teori Pihak Bomba

Acap Belum Jumpa Lagi, Tiada Di Johor

Teori ketiga Acap tidak hilang tetapi menghilangkan diri. Nampak macam tidak logik tetapi ianya tidak mustahil. Pernah baca kes Villa Nabila? Dengan lokasi terakhir Acap dikesan berada berhampiran terowong yang di atasnya terletak lebuh raya, ada yang membuat andaian beliau telah keluar dari kawasan tersebut melalui lebuh raya. Ke mana hala tuju tidak diketahui. Ada yang kata Acap di Johor tetapi polis menafikan. Baca Kenyataan Polis

Teori mana yang betul kita nantikan. Selagi Acap belum jumpa, teori dan spekulasi akan terus menjadi buah mulut netizen. Terpulang kepada penilaian masing-masing tetapi jangan melampau dalam berkonspirasi sehingga mengguris perasaan keluarga Acap dan mengganggu siasatan polis.

Sekarang kita tunggu sahaja pengumuman rasmi daripada polis yang katanya hampir menyiapkan kertas siasatan. Pencarian masih diteruskan dengan bantuan sukarelawan.

Kita berharap ada kesudahan yang baik. Jutaan rakyat Malaysia mengikuti dengan penuh minat misteri kehilangan Acap.

Leave a Reply

error: Content is protected !!