Bomba Cakap Acap Hilang Bukan Sebab Bunian Tetapi….

Selepas hampir 2 minggu admin mengikuti dengan penuh minat dan lambat tidur malam kerana mencari informasi berkaitan kehilangan Acap, mendengar dan membaca berbagai-bagai teori, admin cuba untuk mempercayai Acap hilang bukan sebab Bunian tetapi ada sebab lain yang mungkin tidak terlintas dalam fikiran.

Selepas mencari maklumat serta menapis maklumat yang dibaca, terlintas dalam fikiran adakah sebenarnya Acap yang menghilangkan diri? oleh kerana kehilangan tanpa jejak dan bukti serta turunnya sebegitu ramai sukarelawan daripada bidang perubatan tradisional dan Islam semakin menguatkan andaian Acap hilang angkara Bunian dan Jin.

Acap Hilang

Sekejap, apa kata kita ketepikan andaian tersebut dan lihat daripada aspek dunia moden pula. Dengan kepakaran dan pengalaman pihak berkuasa seperti bomba dan polis dalam mencari mangsa hilang dalam hutan tidak boleh kita ketepikan. Benar, alam ghaib memang wujud dan beriman kepada perkara ghaib termasuk dalam Rukun Iman.

Mesti Baca: Sudah 17 Hari Acap Hilang. Bunian Main Tarik Tali?

Namun, dalam soal kehilangan Acap ini kita cuba ambil pandangan kedua-dua pihak. Disorok Bunian barangkali atau menghilangkan diri (sebabnya hanya tuan badan yang tahu).

Bomba Cakap Acap Hilang Bukan Sebab Bunian Tetapiā€¦.

Jika Acap hilang bukan sebab Bunian bermakna beliau ada dalam dunia nyata tetapi tidak diketahui lokasinya. Masih hidup atau telah meninggal dunia kita tidak mampu memberikan jawapan kerana tiada bukti yang ditinggalkan untuk mengesahkannya.

Andai kata kita cuba memilih Acap hilang bukan sebab Bunian, baca kenyataan yang dikeluarkan pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia;

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak akan menghentikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang dilaporkan hilang pada 23 Mac lalu, selagi tidak menemukan mangsa.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM Datuk Soiman Jahid berkata pencarian dalam skala kecil diteruskan membabitkan radius satu kilometer (km) dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Berdasarkan pengalaman kita, terdapat dua kemungkinan berlaku terhadap Mohammad Ashraf sama ada tergelincir jatuh di kawasan curam sehingga berada di tempat tersembunyi atau tersesat sehingga mengalami masalah kesihatan serta tidak sedarkan diri,” katanya.

Sumber

Acap Hilang Bukan Sebab Bunian

Dalam laman sosial Facebook juga ada beberapa individu yang mendakwa Acap hilang bukan sebab Bunian tetapi beliau yang sengaja menghilangkan diri mungkin ada masalah keluarga, kewangan atau sebagainya. Mungkin kehilangan ini untuk menenangkan diri sebelum keluar tetapi tidak sangka kehilangan tersebut menjadi berita gempar dan menimbulkan pelbagai cerita seperti berkahwin dengan Bunian dan sebagainya.

Mesti Baca: Misteri Acap Hilang Bukan Misteri?

Pendapat anda bagaimana?

Setuju dengan kehilangan Acap angkara Bunian, Acap sengaja menghilangkan diri atau Acap jatuh di tempat yang tidak diketahui dan masih tidak ditemui?

Khabarnya misteri kehilangan Acap akan terbongkar dalam masa terdekat tetapi admin tidak berani mengatakan apa-apa untuk menjaga perasaan keluarga terutama ibu Acap. Kasihan dia, naluri seorang ibu pasti hendak sangat melihat anaknya pulang dengan selamat.

Kita doakan yang terbaik. Semoga Acap pulang dengan selamat, apa dan bagaimana beliau hilang, disorok Bunian atau tidak kita ketepikan dahulu.

Mesti Baca: Boleh Ke Manusia Masuk Alam Bunian?

Leave a Reply

error: Content is protected !!