Sudah 17 Hari Acap Hilang. Bunian Main Tarik Tali?

Sudah 17 hari Acap hilang sejak 23 Mac lalu. Apakah nasib beliau ketika ini? kalau ikut logik manusia biasa paling kuat mampu bertahan tanpa makan selama 7 hari dan tanpa minum 3 hari sahaja tetapi ini sudah lebih 2 minggu.

Melihat kepada bentuk muka bumi beliau hilang, air bukan masalah dan makanan pun mungkin tidak sukar dicari, kalau kita berfikir positif beliau mungkin masih hidup cuma tercari-cari jalan keluar. Mungkin beliau dalam keadaan lemah dan sukar untuk bergerak, boleh jadi juga beliau mengalami kecederaan. Boleh jadi Acap terjatuh ke dalam gaung yang dalam dan sukar dikesan.

Pasukan keselamatan sudah melakukan carian di banyak tempat begitu juga dengan orang awam dan sukarela tetapi Acap hilang tanpa sebarang kesan yang boleh dijadikan petunjuk.

Andaian paling popular ketika ini Acap disorok Bunian. Perkara ghaib memang wujud, selepas melihat kepada pelbagai usaha yang telah dilakukan pasukan keselamatan tetapi masih gagal juga menemui bukti kehilangan Acap, tidak dapat tidak kita terpaksa menerima hakikat kebarangkalian Acap hilang angkara Bunian.

Boleh ke manusia biasa masuk ke alam Bunian? sukar untuk menerima kenyataan tersebut tetapi kita tidak dapat menolaknya kerana sudah ramai yang pernah melalui pengalaman disorok Bunian. Kita tidak berada di tempat mereka, jadi kita tidak boleh ketawakan atau memperlekehkan mereka. Siapa yang mahu suka-suka disorok Bunian dan dipisahkan dengan keluarga malah lebih buruk tidak dapat kembali ke alam nyata?

Sudah 17 Hari Acap Hilang. Bunian Masih Bermain Tarik Tali?

Kembali semula kepada kisah Acap hilang. Bagaimana pendapat anda? jatuh gaung, sesat jauh ke dalam hutan atau Acap disorok Bunian?

Admin sentiasa mengikuti perkembangan kehilangan Acap dengan penuh minat. Pantang ada yang buat Facebook Live mesti akan tonton, mana tahu kita nampak apa yang orang lain tidak nampak. Daripada pencarian solo dan berkumpulan, Acap masih gagal ditemui walaupun ada yang mendakwa terdengar suara Acap minta tolong dan sebagainya.

Video: Facebook Perubatan Islam Nur Zikir

Seperti yang kita ketahui, jin dan syaitan boleh menyerupai pelbagai bentuk seperti binatang dan manusia kecuali Nabi Muhammad SAW. Mungkin suara tersebut milik syaitan dan jin yang sengaja mengusik? atau ianya benar suara Acap?

Kita hanya mampu berdoa Acap selamat dan dapat kembali ke dunia nyata jika benar beliau disorok Bunian walaupun ada yang menyebarkan klip suara mengatakan Acap telah ditemui tetapi tidak mahu kembali ke dunia nyata kerana telah berkahwin dengan jin bukan islam dan sedang berseronok di alam lain.

Bagi admin itu sangat mengarut! janganlah buat cerita bukan-bukan dan menambah kesedihan keluarga Acap. Pernah terfikir tak Acap sudah berkahwin dan mempunyai anak? Logik seorang bapa tidak mungkin sanggup meninggalkan anaknya walaupun apa terjadi. Admin tidak percaya Acap seperti itu sebab naluri admin juga sebagai bapa tidak sanggup berpisah dengan anak selagi hayat dikandung badan.

Terfikir juga admin mengapa tidak cuba bawa anak ke lokasi Acap hilang dan anaknya mungkin boleh memanggil Acap supaya kembali ke dunia nyata?

Mungkin dengan cara ini Acap tersedar daripada lamunan dan khayalan dunia Bunian dan berusaha mencari jalan keluar. Seperti yang admin perkatakan tadi, naluri seorang bapa sangat kuat. Apabila terdengar suara anaknya memanggil mungkin menyedarkan Acap beliau bukan dalam dunia sebenar.

Itu hanya pendapat admin setelah melihat pelbagai usaha telah dilakukan sama ada oleh pihak berkuasa atau sukarelawan. Kita sangat berterima kasih kepada sukarelawan yang sudi turun lokasi Acap hilang dan membuat pencarian walaupun gagal. Kita telah berusaha hanya Allah yang tentukan.

Sudah masuk 17 hari Acap hilang. Kita cuma mahu Acap kembali tidak kira bagaimana keadaannya.

Jangan berhenti berdoa dan berusaha. Selebihnya kita bertawakal kepada Allah supaya Acap dikembalikan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!