Ada Tak Amalan Bertemu Roh Ibu Bapa Yang Meninggal Dunia?

Kehilangan ibu bapa kerana meninggal dunia memang menyedihkan kerana kita tidak akan bertemu mereka lagi sehingga Hari Kiamat. Sesetengah daripada kita terlalu meratapi kehilangan orang tua sehingga tidak dapat meneruskan kehidupan seperti biasa, mungkin kerana rasa berdosa atau kerinduan yang amat sangat. Tentu ada yang tertanya-tanya ada tak amalan bertemu roh ibu bapa yang telah meninggal dunia.

Ada Tak Amalan Bertemu Roh Ibu Bapa Yang Meninggal Dunia?

Soalan: Ada seorang guru mengajar amalan dan cara untuk berjumpa dengan roh ibu bapa yang sudah meninggal dunia ialah dengan berselawat sebanyak mungkin selepas solat dua rakaat. Solat itu pula dengan hajat bertemu roh ibu bapa.

Adakah amalan ini benar?

Jawapan: KEMUNGKINAN amalan ini berdasarkan pengalaman orang sebelum kita yang dipanggil tajribah. Dalam nas al-Quran, tidak ada dijelaskan tentang amalan ini. Begitu juga dengan tiada riwayat hadis Rasulullah SAW yang menybeut amalan untuk bertemu roh ibu bapa yang meninggal dunia.

Ada Tak Amalan Bertemu Roh Ibu Bapa Yang Meninggal Dunia?

Apa yang lebih penting ialah berdoa kepada Allah agar roh ibu bapa diampuni dosanya dan dicucuri rahmat Allah. Daripada kita memeningkan kepala memikirkan cara berjumpa roh ibu bapa yang dikhuatiri menjadi amalan khurafat, lebih baik kita kirimkan doa kepada mereka. Amalan berdoa ini jauh lebih mudah diamalkan. Selain berdoa, anak juga boleh bersedekah dan diniatkan pahala untuk ibu bapa.

Mesti Baca: Doa Tidak Makbul? Apa Tak Kena?

Memang tiada orang yang tidak merindui ibu bapa yang telah meninggal dunia tetapi meratap sehingga keluar air mata darah sekalipun, ibu bapa tidak akan hidup kembali.

Tambahan pula melakukan amalan bertemu roh ibu bapa yang telah meninggal dunia. Kita harus ingat, syaitan boleh menjelma dalam pelbagai bentuk dan menjadi sesiapa sahaja kecuali nabi. Dibimbangi yang menjelma sebagai roh ibu bapa kita itu adalah syaitan yang bertujuan menyesatkan kita.

Sumber

Leave a Reply

error: Content is protected !!