Adib Dihentak Sekuat Hati Lebih 3 Orang, 7 Tulang Rusuk Patah

Ketika negara masih gempar dengan kehilangan Acap yang masih tiada petunjuk dan telah menimbulkan pelbagai spekulasi, kita hampir terlupa kepada sang wira yang telah sah pergi meninggalkan kita iaitu arwah anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim atau dikenali sebagai Adib. Terbaca laporan hari ini yang arwah Adib dihentak sekuat tenaga lebih tiga orang lelaki sehinga tujuh tulang rusuk kiri patah sangat memilukan.

Admin pun perasan yang rakyat Malaysia telah kurang mengambil perhatian kes arwah Adib, suara-suara yang bangkit menuntut bela kematian Adib ketika menjalankan tugas sudah semakin hambar, kuasa viral di Facebook dan Whatsapp juga semakin hilang, jangan kita lupakan kes Adib yang telah menumpahkan air mata jutaan hati rakyat Malaysia.

Selepas hampir 4 bulan arwah Adib meninggal dunia, prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba tersebut terus memasuki
hari ke-23 tanpa kita sedari.

Adib Dihentak Sekuat Hati Lebih 3 Orang

Hari ini, admin agak tersentuh apabila membaca laporan inkues Adib dihentak dengan daya sekuat 3000 Newton atau sekuat lebih 3 orang lelaki. Bayangkan bagaimana keadaan Adib ketika itu? tidak mustahil perbuatan tersebut meyebabkan tujuh tulang rusuk kira arwah patah.

Dihentak sekuat hati! bukan lemah lembut ala lemah gemalai tarian zapin. Sebab itu arwah sampai pengsan, dihentak beramai-ramai. Lembu pun boleh tumbang.

Mesti Baca: Sah! Brunei Laksana Hukum Hudud

Adib Dihentak

Selain arwah Adib dihentak, terdapat juga kesan luka sagat di dada seperti menunjukkan mangsa diheret keluar. Untuk lebih jelas kecederaan yang dialami mangsa mari kita baca kenyataan saksi;

“Ia disebabkan mangsa diseret keluar daripada van yang dinaikinya berdasarkan luka sagat melintang pada bahagian belakang badan, selain butang satu, dua dan empat tercabut daripada pakaian seragam bomba.

“Kemudian daun pintu EMRS diterajang sehingga menyebabkan luka sagat dan patah tulang tulang rusuk di dada kanan atas dan lebam paru-paru kanan.

“Daun pintu EMRS sekali lagi diterajang menyebabkan dua lebam pada bahagian depan atas lengan kanan, manakala bahagian belakang kiri badan mangsa ditolak dengan kuat mengenai bahagian sisi menegak daun pintu menyebabkan patah tulang rusuk kiri posterior dan lebam paru-paru kiri,”.

Baca Kenyataan Penuh

Kejamnya perlakuan terhadap arwah Adib. Apalah dosa beliau ketika itu, mangsa hanya menjalankan tugas sebagai anggota bomba, mengapa perusuh kuil atau sesiapa sahaja yang terlibat ketika itu tidak memikirkannya.

Kita berdoa supaya kes arwah Adib ini mendapat pembelaan yang adil. Bayangkan jika Adib dihentak dengan kejam itu adalah ahli keluarga kita sendiri?

Leave a Reply

error: Content is protected !!