Angkara Hina Nabi Muhammad. Wai Foo Sing Didakwa.

Angkara menghina Nabi Muhammad saw di media sosial Facebook yang membangkitkan api kemarahan umat islam, seorang warga emas, Wai Foo Sing akhirnya dihadapkan ke mahkamah dengan 2 tuduhan. Sebelum ini beliau telah direman dan dilepaskan dengan jaminan polis. Itulah padahnya hina Nabi Muhammad, sendiri cari sakit betul tak?

Memang sejak akhir-akhir ini nampak ketara penghinaan terhadap agama islam melalui media sosial. Entah apa yang bermain di fikiran mereka ketika memuat naik status yang menghina agama orang lain. Tidak kira anda Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya jangan sesekali menyentuh sensitiviti agama yang boleh membawa kepada pergaduhan kaum dan peperangan.

Cukuplah! kita mahu hidup dalam suasana harmoni. Hentikan penghinaan agama dan bangsa. Kita hidup dalam kepelbagaian kaum dan agama. Hormati sensitiviti.

Angkara Hina Nabi Muhammad. Wai Foo Sing Didakwa.

Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua tuduhan menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda, Saidatina Aishah dengan memuat naik karikatur berunsur penghinaan di laman akaun Facebook miliknya, minggu lalu.

Wai Foo Sing, 68, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim M Edwin Paramjothy.

Tertuduh yang hadir ke mahkamah seorang diri memakai kemeja-T kuning dan seluar hitam, dilihat tenang dan hanya mendiamkan diri sepanjang prosiding yang bermula kira-kira jam 10.35 pagi.

Mesti Baca: Hukum Makan Masakan Orang Bukan Islam

Berdasarkan kertas pertuduhan, Foo Sing didakwa menggunakan laman Facebook “Foo Sing Wai” memuat naik karikatur berunsur penghinaan, di mana tindakan itu berkemungkinan menyebabkan suasana tidak harmoni di antara kumpulan beragama Islam dan bukan Islam di seluruh negara, yang dibaca jam 12 tengah hari pada 18 Februari lalu.

Dia dituduh melakukan kesalahan kesalahan itu Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, di sini, jam 5 petang, pada 17 Februari lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Foo Sing didakwa menggunakan laman Facebook yang sama, membuat dan memulakan komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain, di tempat, masa dan tarikh sama.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(Akta 588), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Baca Berita Penuh

Rasanya ramai lagi yang akan didakwa selepas ini kerana hina Nabi Muhammad saw.

Jangan beri macam-macam alasan gila, Facebook kena godam dan sebagainya. Berani buat berani tanggung betul tak?

Leave a Reply

error: Content is protected !!