Menu

Lebih 120 Majoriti, Muhyiddin Tumbang Dakwa Anwar

Anwar dakwa Muhyiddin tumbang? berhubung sidang media Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 September 2020, hari ini, beliau mendakwa mengemukakan pengesahan lebih 120 Ahli Parlimen yang menyokongnya membentuk kerajaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Hari ini bukan hari untuk mengesahkan kemenangan tetapi untuk menegakkan keadilan bagi menangani malapetaka COVID-19 dan memajukan ekonomi yang meyakinkan,” katanya.

Beliau berkata, pengesahan yang dikemukakan dalam bentuk akuan bersumpah dan dokumen yang ditandatangani Ketua Parti.

Lebih 120 Majoriti, Muhyiddin Tumbang Dakwa Anwar

Lebih 120 Majoriti, Muhyiddin Tumbang Dakwa Anwar

Susulan penyerahan Akuan Bersumpah sokongan lebih 120 Ahli Parlimen itu, Anwar mendakwa kerajaan yang berada di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kini sudah tumbang.

Yang di-Pertuan Agong akan memanggil ketua-ketua parti untuk mendapatkan pengesahan daripada mereka berhubung akaun bersumpah yang mendakwa Anwar memiliki lebih 120 sokongan ahli parlimen untuk mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri yang baru.

Drama “Langkah Sheraton” berulang kembali hanya beberapa bulan Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat sebagai Perdana Menteri di kala rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan peningkatan jangkitan wabak COVID-19.

Apakah Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berdiam diri dan membiarkan peralihan kuasa berjalan dengan lancar atau kita terpaksa berdepan dengan pilihan raya mengejut (PRU15) jika beliau membubarkan parlimen dan dipersetujui Yang di-Pertuan Agong?

Sabar, drama politik baru bermula. Banyak lagi episod akan kita saksikan dalam masa terdekat ini. Percayalah, ahli politik katak ini akan dibenci dan dihumban rakyat dalam PRU15 nanti.

Sumber

Leave a Reply

error: Content is protected !!