Apa Itu LGBT? Facebook “Ban” Surat Terbuka Doktor Menentang LGBT
LGBT bukan perkara baru. Apa itu LGBT? mengapa istilah ini menjadi igauan buruk kepada masyarakat? Sebut sahaja LGBT majoriti akan mencebik bibir, mencemuh dan kalau dapat rasa nak humban sahaja LGBT ke dalam sungai.
LGBT adalah gabungan daripada perkataan lesbian, gay, biseksual dan transgender. Maksud lebih jelas kita ringkaskan seperti berikut:
Lesbian – perempuan suka perempuan
Gay – lelaki suka lelaki
Biseksual – Sekejap suka perempuan sekejap suka lelaki atau boleh layan kedua-duanya sekaligus
Transgender – individu yang berperangai atau berkelakuan bertentangan dengan jenis alat kelaminnya (pondan atau pengkid)
Mengapa LGBT Wujud? Apakah Sebabnya?
Setiap ciptaan Tuhan adalah indah dan kita selalu dengar hitam putih setiap individu itu dilihat daripada corak pertumbuhan daripada peringkat awal.
Apa yang kita wajib tahu, setiap yang baik itu datangnya daripada Tuhan, keburukan adalah daripada kesilapan dan kelemahan kita sendiri.
Begitulah juga dengan LGBT. Apakah faktor yang menyebabkan wujudnya golongan LGBT ini? Terjadi dengan sendiri? Admin tolak mentah-mentah! Di antara sebab LGBT wujud adalah:
1. Keluarga
Ibu bapa mana yang nak tengok anak mereka menjadi pondan, pengkid, gay dan lesbian betul tak? Tetapi kadang-kadang kesilapan ibu bapa yang mencorakkan pembesaran anak di peringkat awal menyumbang kepada LGBT.
Contohnya, dalam sepuluh anak lelaki, seorang anak dilatih berkelakuan seperti anak perempuan kerana ibu bapa mahu sangat anak perempuan, akhirnya yang seorang itu cenderung menjadi lembuat dan bertukar menjadi seorang pondan.
2. Pergaulan
Kadang-kadang kita perasan ada kawan kita masa sekolah berlainan sedikit tingkah laku. Kalau lelakinya nampak lembut, yang perempuan pula nampak kasar.
Akibat pergaulan bebas tanpa batas, rakan-rakan boleh mengheret individu tersebut menjadi lebih parah. Sebagai contoh, seorang lelaki yang lembut masa sekolah belum tentu menjadi pondan ketika dewasa tetapi jika beliau bebas bergaul dengan rakan yang sama tingkah laku boleh menyebabkan beliau terpengaruh menjadi lebih serius. Begitu juga dengan pengkid.
3. Genetik dan Khunsa
Kalau faktor genetik seperti hormon lelaki atau perempuan yang kurang pada seseorang individu, ini memang tidak dapat dielakkan jika individu tersebut menjadi apa yang dia mahu. Tengok hormon mana yang lebih tetapi kalau alat kelamin normal, ianya masih boleh dibentuk untuk mengikut alat kelamin yang ada.
Berbeza sedikit dengan khunsa! Ini tak tahu mana nak ikut. Khunsa ada dua alat kelamin. Terpulang kepada individu tersebut mahu menjadi lelaki atau perempuan atau dengan kata lain kita tengok alat kelamin mana yang lebih berfungsi. Sebagai contoh dalam kes selebriti popular, Sajat. Ada kata dia pondan tetapi beliau menafikannya. Baca Sajat Tukar Jantina Dalam Mykad?
Apa Itu LGBT? Aktivis Menyokong, Doktor Menentang…
Kita dah tahu apa itu LGBT. Isunya sekarang ada aktivis terkenal seperti Datin Paduka Marina Mahathir, anak kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong supaya kerajaan dan masyarakat mengiktiraf golongan LGBT dengan hak sama rata, kononnya atas alasan hak asasi manusia.
Mesti Baca: Tanda-Tanda Ketagihan Internet
Mesti Baca: Berapa Harga Beli Datuk? Di Mana Boleh Beli?
Nak tahu apa tuntutan Marina Mahathir? apa yang beliau mahukan untuk komuniti LGBT ini? Katanya, beliau tidak meminta undang-undang seperti menghalalkan perkahwinan sejenis tetapi apa yang diminta adalah seperti:
- Hak mendapatkan pendidikan
- Rawatan kesihatan
- Pekerjaan
- Perlindungan keselamatan tanpa sebarang diskriminasi
Admin terus terang menentang keras! sebabnya bermula daripada pengiktirafan awal ini akan berjangkit kepada isu lain pula pada masa depan. Percayalah! Diberi betis nak peha. Tidak mustahil.
Mengapa mereka yang mengamalkan budaya hidup songsang dan tidak mengikut syariat kejadian yang diciptakan Tuhan mahu hak sama rata dan kebebasan mengamalkan budaya songsang mereka dalam masyarakat!?
Cukuplah! Tuhan pun mereka berani tentang. Mengapa kita nak pejam mata pula mereka bermaharajalela dalam masyarakat, menjadi penyebab penyakit berjangkit yang berbahaya seperti HIV, penyakit kelamin dan sebagainya.
Sanggup ke tengok depan mata lelaki bermesra dengan lelaki? Tak sakit mata atau terasa nak muntah? Sudahlah! jangan mengarut!
Doktor Menentang Cadangan Mengiktiraf Golongan LGBT
Walaupun Marina Mahathir tidak meminta pengiktirafan perkahwinan sejenis tetapi lambat laun ianya boleh menjadi kenyataan jika ianya tidak dibendung daripada awal.
Untuk memusnahkan mereka adalah mustahil tetapi kita boleh menyekat mereka daripada berkembang biak dan menular dalam masyarakat.
Seorang doktor ada memberi respon segera mengapa cadangan mengiktiraf LGBT tidak boleh dilaksanakan dalam masyarakat. Baca surat terbuka doktor yang menentang cadangan Marina Mahathir mengiktiraf LGBT.
Katanya, post Facebook doktor tersebut telah di”ban” dan dipadamkan oleh Facebook kerana mendapat laporan daripada orang ramai. Mungkin golongan tersebut buat repot agaknya 🙂
Tidak kira siapa pun yang menjadi kerajaan sama ada Pakatan Harapan, Barisan Nasional, PAS dan sebagainya, tolonglah jangan iktiraf LGBT. Itu sahaja admin minta dan majoriti pasti bersetuju betul tak?