Apa Sebab JDT Mario Gomez Berpisah?
Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) membuat kejutan sebelum sepak mula Liga Super Malaysia 2017 yang tinggal dua hari saja lagi dengan mengumumkan “perceraian” dengan jurulatihnya Mario Gomez. Apakah sebab JDT Mario Gomez berpisah dalam masa yang sangat suntuk sebelum liga super 2017 bermula?
Selepas kehilangan Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero peminat JDT dikejutkan lagi dengan kehilangan jurulatih Mario Gomez yang telah membawa pelbagai kejayaan kepada pasukan JDT.
UPDATE: Jurulatih JDT II, Benjamin Mora dilantik sebagai ketua jurulatih JDT yang baru.
Apakah Sebab JDT Mario Gomez Berpisah?
Tiada angin tiada ribut perpisahan ini amat mengejutkan dunia bola sepak tempatan terutamanya penyokong pasukan JDT. Ada yang menerima dengan hati terbuka dan ada yang mempersoalkan kewajaran Mario Gomez ditamatkan khidmatnya serta-merta.
Jurulatih berusia 59 tahun dari Argentina, Mario Gomez, mula membimbing JDT sejak 2015 selepas berhijrah dari kelab China, South China.
Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook JOHOR Southern Tigers berkata, kedua-dua pihak telah bersetuju membawa haluan masing-masing. Klik Untuk Baca
Sumber: Facebook Johor Southern Tigers
Keputusan menamatkan khidmat Mario Gomez khabarnya ada kaitan dengan perlawanan persahabatan di Thailand sebelum ini yang menghasilkan keputusan yang tidak memberansangkan.
- Tewas 0-1 di tangan Buriram United FC
- Tewas 0-1 kepada Air Force Central FC
- Seri 1-1 dengan Chonburi FC
JDT akan memulakan kempen Liga Super Malaysia 2017 dengan menentang Kedah dalam perlawanan Piala Sumbangsih, Jumaat ini.
UPDATE: Jurulatih JDT II, Benjamin Mora dilantik sebagai ketua jurulatih JDT yang baru.
Baca Juga: Senarai Pemain Pahang 2017 Dan Nombor Jersi
Mario Gomez sebelum ini berjaya membawa JDT menjuarai Piala Sumbangsih (2016), Piala FA (2016), dua kejuaraan liga (2015 dan 2016) dan Piala AFC pada tahun 2015.
Berita ini agak mengejutkan sebenarnya selepas Mario Gomez membawa pelbagai kejayaan kepada pasukan JDT terutamanya menjuarai Piala AFC.
Apapun, pihak pengurusan JDT pasti ada jawapan tepat mengapa JDT Mario Gomez berpisah secara mengejut ini. Peminat JDT hendaklah terus menyokong pasukan kerana kejayaan pasukan bukanlah terletak kepada individu semata-mata.
Sejarah tetap jadi sejarah. Magis yang dibawa oleh Mario Gomez pasti akan terus menjadi sebutan peminat JDT sampai bila-bila 🙂