ATM Dihina. Mat Sabu Sibuk Cipta Resipi Baru Masakan?

Gegak gempita negara dengan kenyataan seorang ahli perniagaan mesra kerajaan Pakatan Harapan (PH) iaitu Koon Yew Yin yang sangat menjatuhkan maruah Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Bayangkan ATM dihina seolah-olah mereka makan dan minum sahaja, makan gaji buta!

Begitu hina sekali ATM. Anda dilihat hanya membuta sahaja dan besarkan perut pada pandangan seorang ahli perniagaan yang bijak berniaga tetapi sebenarnya bodoh daripada segi moral.

Tetapi malangnya walaupun ATM dihina sebegitu rupa, tiada langsung sebarang kenyataan daripada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu untuk membela maruah kakitangan di bawah kementerian beliau.

Mohamad Sabu! anda adalah MENTERI PERTAHANAN! di mana anda ketika    ATM dihina? mereka kakitangan kementerian anda!

Mesti Baca: Pakatan Harapan Kerajaan Sepenggal?

Jika ada pun, kenyataan daripada Timbalan Menteri Pertahanan untuk mengendurkan amarah orang ramai tetapi kenyataan beliau juga berat sebelah kerana tidak membela maruah anggota ATM tetapi membela ahli perniagaan tersebut. Bodoh juga rupanya! Sepatutnya anda membela maruah kakitangan kementerian anda bukan menjaga periuk nasi si tua bangka itu!

Malang anggota ATM! Anda mendapat menteri dan timbalan menteri yang buta kayu dan tidak menghiraukan maruah anda yang telah dipijak-pijak!

ATM Dihina. Mat Sabu Sibuk Cipta Resipi Baru Masakan?

Ketika artikel ini ditulis, Koon Yew Yin telah membuat permohonan maaf secara terbuka setelah diasak dengan orang ramai yang menyerang akaun media sosial beliau.

Tetapi, kenyataan maaf tersebut tidak akan dapat membasuh luka dan memulihkan maruah anggota ATM. Sebegitu mudah. Buat kenyataan dan minta maaf segalamya selesai, terus hidup macam biasa.

Mohamad Sabu! anda adalah MENTERI PERTAHANAN! di mana anda ketika    ATM dihina? mereka kakitangan kementerian anda!

Sehingga kini, masih tiada sebarang kenyataan daripada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu untuk membela maruah kakitangan kementeriannya.

Mungkinkah beliau sedang sibuk mencipta resipi baru masakan sehingga tidak sedar maruah anak buahnya dipijak-pijak? Terlalu asyik memasak?

Mesti Baca: Setahun Kerajaan PH Dapat Markah Lulus Hanya 22%?

Atau mungkinkah “telur” beliau telah dipegang kerana terdapat dakwaan yang berlegar-legar dalam media sosial yang ahli perniagaan tersebut adalah penyumbang dana peribadi Mat Sabu dan parti beliau PAN?

Maka, tidak salahlah jika rakyat sering mengatakan PAN adalah khadam DAP kerana TIADA satu pun pemimpin PAN yang mengeluarkan kenyataan membela ATM.

Malah, apa sahaja isu yang membabitkan orang Melayu dan Islam, pemimpin PAN menjadi bisu dan pekak tetapi cuba anda sentuh DAP lihat reaksi mereka melompat membela DAP.

Mohamad Sabu! anda adalah MENTERI PERTAHANAN! di mana anda ketika ATM dihina? mereka kakitangan kementerian anda!

Berhentilah memasak sekejap!

Leave a Reply

error: Content is protected !!