Autisme: Sebab, Komplikasi, Rawatan Dan Pencegahan Awal

Admin memiliki beberapa orang sahabat yang memiliki anak autisme. Melihat cara mereka melayan karenah anak dan tidak berhenti berusaha memberikan yang terbaik kepada anak istimewa mereka memberikan keinsafan kepada kita.

Sebagai contoh, sahabat admin, Abdul Malek MB, seorang usahawan online terkenal yang memiliki anak autisme sentiasa memberikan inspirasi kepada ibu bapa yang memiliki anak istimewa ini. Banyak perkongsian daripada beliau bagaimana untuk mengendalikan anugerah istimewa ini. Admin cadangkan pemilik anak istimewa ini untuk mengikuti beliau di Facebook.

Autisme: Sebab, Komplikasi, Rawatan Dan Pencegahan Awal

Kita biasa dengar dan melihat anak istimewa ini tetapi sejauh mana kita faham mengenainya? Autisme adalah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil “Pervasive Developmental Disorders”.

Fakta menunjukkan kejadian gangguan kanak-kanak ini berlaku di antara 1-2 orang dalam 1000 kelahiran dan ianya terjadi 4 kali lebih kerap kepada kanak-kanak lelaki.

Autisme: Sebab, Komplikasi, Rawatan Dan Pencegahan Awal

Impak daripada autisme menyebabkan kanak-kanak akan mengalami masalah berikut:

  • Sukar berkomunikasi
  • Gangguan interaksi sosial
  • Masalah tingkah laku

Mesti Baca: 10 Kesilapan Ibu Bapa Ketika Membesarkan Anak

Anda pernah melihat anak istimewa ini? bagaimana anda melihat mereka? Secara amnya, ianya memberikan berbagai-bagai komplikasi kepada kanak-kanak yang mengalaminya. Di antara komplikasi yang terjadi adalah seperti berikut:

  • Peringkat awal kanak-kanak: hiperaktif, panas baran
  • Peringkat akhir kanak-kanak: Suka menyerang, mencederakan diri sendiri
  • Peringkat remaja dan dewasa: kemurungan, epilepsi (penyakit saraf yang boleh menyebabkan sawan)

Untuk makluman, TIADA ubat untuk merawat autisme tetapi ibu bapa boleh merawat anak istimewa mereka dengan ubat tertentu yang boleh mengawal sebarang tingkah laku ganas, hiperaktif dan gejala-gejala yang timbul.

Selain daripada ubat, anak istimewa ini juga boleh diberikan beberapa pencegahan awal untuk mengawal kesan daripada autisme seperti:

  • Terapi pertuturan dan bahasa
  • Cara pulih kerja
  • Pencegahan tingkah laku
  • Pendidikan khas
  • Pendaftaran kurang upaya

Begitulah serba sedikit perkongsian informasi yang admin petik daripada Infografik Berita Harian Online. Untuk ringkasan lebih lanjut boleh merujuk kepada infografik di bawah.

Autisme: Sebab, Komplikasi, Rawatan Dan Pencegahan Awal

Anak anda disahkan autisme? peliharalah anak syurga anda sebaik mungkin, dia mungkin “menyusahkan” anda di dunia tetapi ganjaran di akhirat nanti hanya Tuhan yang tahu.

Admin juga berharap masyarakat di luar sana sentiasa memberikan sokongan kepada ibu bapa yang memiliki anak istimewa ini.

Leave a Reply

error: Content is protected !!