Awas! Serangan Jantung Punca Mati Dalam Tidur.

Kematian selebriti terkenal Malaysia/Indonesia, arwah Ashraf Sinclair yang berpunca daripada serangan jantung dan dia meninggal dunia ketika tidur pada usia 41 tahun sedikit sebanyak mengejutkan kerana arwah dikenali seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

Mati Dalam Tidur Kerana Serangan Jantung.

Kematian mengejut dalam tidur akibat serangan jantung. Itu punca kematian arwah. Apa yang kita dapat daripada kisah kematian beliau? Selain daripada ajal yang sudah tertulis, sepatutnya kita mulai sedar bagaimana status kesihatan jantung sebagai enjin yang menyalurkan oksigen ke seluruh anggota badan.

Serangan Jantung Antara Punca Mati Dalam Tidur

Jom kita ambil tahu mulai saat ini tanda-tanda sakit jantung supaya kita semua peka sama ada kita kemungkinan mendapat serangan.

Ini sumber yang diperolehi dari Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar, DBKL.

🔸Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan. Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)

🔸Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.

🔸Lidah terasa tegang dan pendek.

🔸Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.

🔸Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri), biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.

🔸Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang

Mati Dalam Tidur Kerana Serangan Jantung.

Mesti Baca: Malas Bangun Punca Cepat Mati

Mesti Baca: Cara Menghadapi Kehilangan Orang Tersayang

🔸Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh atau rasa pedih.

🔸Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.

🔸Rasa kepala berpusing tidak seimbang.

🔸Rasa keletihan sepanjang masa.

🔸Rasa meloya dan tidak ada selera makan.

🔸Degupan jantung tidak menentu.

🔸Nafas terasa pendek.

🔸Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.

🔸Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.

🔸Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.

🔸️Migrane yang kuat dan berterusan lebih dari 3 hari sampai amik pain killer pun masih tak berkesan.

Bagaimana? Ada tanda-tanda yang akan menyebabkan anda mendapat serangan jantung?

Jika ada, segera berjumpa dengan doktor untuk lakukan pemeriksaan. Benar kita nampak sihat, tiada penyakit kronik dan mati apabila sampai waktunya tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha mengubati penyakit atau masalah kesihatan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!